BERITA TERKINI DARI KCH

Kini!!! KCH ada menyediakan khidmat mencetak gambar menggunakan EDIBLE IMAGE. Sila hubungi KCH di facebook 'Kalthom House' untuk keterangan lanjut.



Sila layari www.facebook.com/kch74 untuk gambar-gambar terbaru dari KCH. Jumpa di sanaaa.... ;)



Tuesday, April 28, 2009

KELAS ANEKA JENIS KEK, BROWNIES DAN DEKORASI BASKETWEAVE

Alhamdulillah.... Dah selesai 3 hari marathon kelas baking dan dekorasi kek ku di Inanam, Sabah. Kelas ni pada 27 April 2009 (Isnin), bermula pada jam 9.30 pagi hingga 6.00 petang. Cukup seronok lagi mencabar kelas kali ni. Sebelum aku tunjukkan hasil2 kerjaku, suka sangatlah aku nak cerita kisahku pada hari tersebut.

Mula2 sekali aku buat buat kek coklat kukus, brownies, kek marble dan swiss roll dan kemudian oreo cheesecake. Betul2 selepas selesai aku putar adunan cheesecake tupp... nah kau... termati hand mixer elektrik yang aku guna. Aduhhh... tak de elektrik (kalau tak silap jam 12.15 tengah hari)... cheesecake belum dibakar & buttercream icing untuk basketweave belum diputar... Macam mana ni?

Nah keluar oven antik. Sayangnya aku lupa nak ambil gambar oven tu. Oven tu macam kotak kemudian cara guna letak atas dapur gas heheheeh... Selamat cheesecake aku dapat juga dibakar hehehe...

Tapi BC belum diputar. Aku menyatakan kesanggupan ku untuk pukul BC secara manual. Nahh... keluar lagi hand mixer antik.. Ni betul baru namanya hand mixer. Naik merah tangan aku hahahahaha... kembangnya tak juga sbb mixer tu keras nak diputar pada adunan yg likat. Jadi aku guna la 1 btg pemutar electric mixer. Diputar secara manual guna tangan hehehehe..... Sakit juga tangan tapi sabar jak.. Percubaan terakhir nak kembangkan buttercream aku guna cabung antik. Sayangnya gambar cabung ni pun aku lupa ambil sbb dah tension BC tak kembang2. Cabung ni dibuat dari kayu dan gelungnya dibuat daripada tangsi. Aku rasa lebih 2 jam aku pukul BC baru kembang tapi itupun bukan kembang sangat. Habis terpercik BC kat muka & badan aku. Aku pun terus je mendeko. Da siap beberapa kuntum bunga ros, kira2 jam 4.30 petang, baru ada elektrik balik. Sambil aku mendeko Nina tolong putar BC supaya jadi lebih kental. Baru senang digubah.

Sabar je lah aku. Macam dah nak termuntah dah aku pukul BC lebih 2 jam. Nak menangis pun ada ahahhaahah... Nasib tangan ada dua ja, kalau ada 5, lima2 aku ganti2 guna pukul BC. Nina pun join tolong pukul by hand tp masa BC dah nak kembang... buyuk ehh... hahahahah.... Aku dan Nina sama2 tak percaya BC boleh kembang pukul dengan tangan saja ahahahah.. Aku lagi tak sangka yg aku sanggup buat kerja yg aku rasa org waras tak sanggup nak buat ahahahaha....

Inilah hand mixer antik, diguna secara manual. Boleh didapati di pasaran. Harga berpatutan gerenti sanggup beli, cuma mungkin tak sanggup dipakai ahahahaha....


Nilah swissroll perisa strawberry & keladi. Gayat Nina tgk aku pegang swissroll guna sebelah tgn je. Mana aku tau swissroll ni kena angkat dgn lemah lembut. Aku ingat macam angkat besi heehehee...



Ini pulak brownies Nina yang menjadi kegemaran ramai. Aku kalau apa2 makanan yang berkaitan dengan coklat ni memang suka. Pasal tu nak belajar.



Cuba tengok kek coklat kukus ni hehehehe.... Tak tergoda ka tengok cream coklat yang berkilat tu.. nyam.. nyam.. nyam...


Oreo cheesecake yang menjadi rebutan. Sekali kakak aku rasa terus dia menjerit 'SEDAP!!!'. Terkejut aku. Awal2 aku suruh rasa dia tak mau. Diam2 dia makan terus menjerit ahahahaha....




Inilah kek yang paling bertuah. Kek of the day. Bila tengok hasilnya berbaloi aku rasa pukul BC guna tangan. Inilah hasilnya BC yang diputar secara manual selama lebih 2 jam + diputar dengan elektrik cuma 5 minit je. Aduuhhhh....




Pandangan dari sisi pula. Dah aku sengsara buat benda ni. Mesti nak posing berabis heheeh... Tapi inilah juga pengubat rasa penat aku.






Aku dengan hasil tanganku. Dah terlampau penat & excited sampai swissroll lupa nak digambar sekali. Aku pulak maintain posing konon2 tak penat. Padahal Allah je yang tahu pening pun ada. Sampai keluar dugal aku ahahaahahah.....


Monday, April 27, 2009

KELAS BARBIE DOLL DAN CARTOON IMAGE

Ini kelas pada 26 April 2009 (Ahad). Kelas mula jam 10 pagi (kes aku tersesat nak gi kelas sebab drive sendiri hehehehe) hingga kira-kira jam 7 malam.


Ni patung barbieku ... hehehe... jangan suspen. Ni yang belum kena hias. Kesian barbie aku, pinggangnya x balance :p






Pandangan dari atas nampak cute gak ehekss..





Ni pandangan dari belakang.





Jeng.. jeng.. jeng... Nilah patung barbieku heheeheh...




Ni image cartoon yang mampu ku buat. Kena dipraktikkan lagi ni.. Jadi kerinting rambut snow white ahaksss....




Inilah gambarku bersama hasil2 dekorasiku eheksss... gambar produk ada, gambar bosnya pun mesti ada heheehe...


Sunday, April 26, 2009

KELAS CUPCAKES DAN CHOCOLATE HANDMADE

Inilah hasil kerja ku semasa kelas yang ku hadiri pada 25 Mei 2009 (Sabtu) di Inanam, Sabah. Dari jam 9.30 pagi hingga 8 malam baru siap. Tension sebab bateri hp aku flat. Dah sampai rumah baru dapat snap hasil yang sudah siap sepenuhnya.

Bunga daripada gumpaste (part ni je yang aku dapat snap). Sikit lagi bunga ni tak berkelopak ku kerjakan. Sabar jelah. Boleh tahan susahnya. Kalau bab mencanai / menerap ni memang aku tak minat. Kalau makan roti canai minat pulak hehehehe...
Bunga ros daripada gumpaste. Hah.. yang ni seronok.. main gentel2 jer jadi bunga ros... taaa daaa... hehehee...

Yang ni bunga tulip. Bolehlah.....


Inilah cupcakes yang siap ku hias dengan sepenuh jiwa raga. Sampai siku, tudung kena icing cream. Tapi yang bestnya bermain dengan icing cream ni, bila terkena kat badan senang je nak dibersihkan. Sapu dengan jari lepas tu masuk mulut hahaha...

Yang ni chocolate handmade. Bila bentuk hati macam2 idea aku nak buat ehekssss... ni satu pun best. Mangkuk & spatula yang kami guna tak perlu basuh sebab kitorang semua gotong-royong bersihkan guna jari jeee... pastu masuk dalam mulut hehhehehe.....


Thursday, April 23, 2009

BELAJAR LAGI DAN LAGI

Mulai esok, 24 April 2009, aku cuti selama 3 hari. 29 April baru aku balik ofis sebaaabbb.... aku nak g belajar baking & deko di inanam, sabah. Yessss.......

Tak sabar aku nak tengok hasil kerja tangan aku sendiri. Tunggu... hehehe....

Ni lah guru aku masa di inanam nanti www.sweetlillykitchen.blogspot.com.

I'm coming cikgu.

Monday, April 20, 2009

TIRAMISU


Harga: RM55.00 satu bekas
Perisa: Keju


Sunday, April 19, 2009

KELAS TIRAMISU DAN INSTANT PUFF

Wah... seronok aku hr ni belajar buat tiramisu (versi lain dr yg ku buat) dgn instant puff. Belajar dgn Pn. Iza (www.yusriiza.wordpress.com) siapa lagi eheksss... Ni lah hasil kerja tgnku..

Tiramisu

Pandangan sisi



Hah yang ni pandangan dari atas... mesti ambik semua sisi.. macam model da... ehekss....






Instant Puff


Ni yang baru keluar dari oven... kembaaanngg.. macam kena pam heheheh...





Aku buat gak bentuk mcm croissant. Perasan buat croissant. Pandai2 sendiri jak ni.. Cikgu x suruh pun ..Heehehe... tiru mcm kat dlm tv... tp buat sebijik jak..




Ni lah jenis2 instant puff yang aku buat. Aneka bentuk & rasa.



Refreshment yg dibuat oleh Pn. Iza untuk pelajarnya yang cute hahahhah..... Makaroni salad & swiss roll. Sedap... silap2 badan aku boleh jd mcm instant puff yg baru keluar oven hahahaha.....Seronok belajar dgn Pn. Iza yg tak kedekut ilmu.











Friday, April 17, 2009

PANDAN LAYER CAKE



Harga:
1kg - RM40.00
2kg - RM70.00

Bersalut kelapa kering (optional)

Akan datang :
Nak yang bersalut whipping cream / butter cream tungguuu.... aku g belajar dulu ye... kih..kih..kih..

Thursday, April 16, 2009

FRIES GORENG SEDAP


Bagi sesiapa yg x pernah masak. Confirm dapat 5 bintang utk resipi ni.. eheksss... Sodap.. cubalah..

Bahan2:

Ubi kentang
Serbuk Sup Cendawan

Cara2:

1. Ubi kentang dikupas kulit, dibersihkan dan dipotong memanjang. Atau klu nak senang beli sj fries yg dlm peket di kedai.

2. Goreng hingga masak / kekuningan.

3. Lepas tu toskan minyak & tabur dengan serbuk sup cendawan. Gaul bagi rata. Kemudian bolehlah dimamam.

*Resipi dpt dr web myresipi.

GURU FANCY COOKIES

T. kasih kpd Pn. Iza (www.yusriiza.wordpress.com) yg telah mengajar aku buat Fancy Cookies. Mdh2n makin byk kelas / tempahan.

KEK PANDAN LEPER

Malam ni aku cubalah buat resipi kek pandan layer yg dibagi oleh seseorg yg biasa buat business kek ni. Sekali lain jadinya... sedihnya... terpaksa aku adjust bru jd tu pun.. tak cukup tinggi.. apa tdk aku slice 3 kpg yg dpt pki 2 keping jak.. apa tak leper.. ahaks... x cukup kastardnya... ms msk kastard aku dah agak mmg something wrong dgn resipi ni .... nsb baik rasanya ok...






Begini lah jadinya bila x cukup kastardnya... nipis jak kat atas.



Jeng...jeng... jeng.. milik siapakah tapau ini hehehe.... 4 tapau ni utk member ofis siapa yg dpt sikit apa blh buat lah yer... tuan rumah punya lagiii sikit... ehekss....





Wednesday, April 15, 2009

KELAS TIRAMISU

Harga: RM150.00 (hand-on 100%)
Tempat: Di rumah je...
Deposit: RM50.00 untuk booking tarikh.
Bil. Pelajar: 1 org saja bg setiap kelas.
Refreshment / jamuan ringan disediakan.

Kelas akan diadakan pada hari Sabtu, Ahad, hari cuti am atau mengikut kelapangan.
Kelas akan bermula pada jam 9 pagi / 2 petang sehingga selesai.

Resipi dan bahan2 akan disediakan.
Pelajar tidak perlu bawa apa2 peralatan. Hanya datang ke kelas dan akan balik membawa balik tiramisu yang dibuat sendiri.

*Dah pandai buat, tak payah tempah kat saya lagi eheekkksss.... boleh buat business sendiri.

TIRAMISU



Harga: RM65.00 satu loyang bulat 10" x 3"
Perisa: Cheese + coklat
Jenis: Dessert (sejuk)

PROMOSI



Ni gambar cookies yang dibuat promosi. Atas permintaan kak hjh zarinah... hehehe... yg no. 4 tu jer... bukan 4 biji ya kak eheksss... tak tau lah sedap kah tak rasanya..

Tq kak hjh cz request produk promo hehehehe... promosi utk kek pandan & yg lain2.. insyaallah akan ditunaikan ;)

kakak & geng kak di sana tungguuu....

KELAS KEK LAPIS DI LABUAN

Salam untuk semua,

9 & 10 Mei 2009 nanti sy akan hadir kelas kek lapis yang akan diadakan di LTC. Jom kwn2 kita sama2 belajar di sana. Lg ramai belajar lagi meriah.

Tuesday, April 14, 2009

KELAS

12 April 2009 yang lalu aku hadir Kelas Fancy Cookies dengan Pn. Iza. Seronokkk...

25-27 April 2009 nanti aku akan hadir kelas membuat Cup Cake, Barbie Doll Cake, homemade chocolate, kek deco cara transfer (yg lukis gambar cartoon), brownies, aneka jenis kek & deco (basketweave).

Harap2 lepas belajar nanti bolehlah aku ajar warga Labuan yang berminat nak belajar & ambik sikit2 tempahan. Tapi aku lebih tumpukan untuk mengajar cz tak payah lah korang gi jauh2 ke Sabah/Sarawak/Sem. Msia nak belajar. Jimat... Betul tak??? Lagi satu kalau dah pandai buat sendiri tak payah tempah kat orang lain, sindri buat. Laagiii jimat.... ahaks....

PANDAN LAYER CAKE

Siapa nak tempah atau berminat nak belajar cara-cara buat pandan layer cake, sila tunggguu... juga eheksss......



FANCY COOKIES

Kelas atau tempahan bagi Fancy Cookies akan dibuka. Kepada yang berminat sila tungguuu.... ;)




Ni gambar cookies yang telah siap dibungkus.

Dibungkus secara berasingan

Wednesday, April 8, 2009

TUNGGUU.....

Assalamualaikum....

Sila tunggu berita terkini dari saya... eheksss....