BERITA TERKINI DARI KCH

Kini!!! KCH ada menyediakan khidmat mencetak gambar menggunakan EDIBLE IMAGE. Sila hubungi KCH di facebook 'Kalthom House' untuk keterangan lanjut.



Sila layari www.facebook.com/kch74 untuk gambar-gambar terbaru dari KCH. Jumpa di sanaaa.... ;)



Friday, May 29, 2009

TEMPAHAN DEMI TEMPAHAN

Syukur alhamdulillah selepas balik dari Kuantan ada juga tempahan yang aku terima. Ini tempahan daripada adik Kak Jun, Siti yang gemarkan cheese cake. Makasih Siti semoga berpuas hati dengan cheese cake ni ya.
Ini pula tempahan span cheese cake daripada kakak sulungku. Syukur aku dapat sokongan penuh dari beliau. Tempahan 2 loyang - 1 loyang untuk dibawa ke jamuan sekolah anaknya dan yang 1 lagi untuk makan sendiri heheheheh... mudah-mudahan sedap kek ni setelah aku ubahsuai resipinya bagi menguji kreativiti ahaksss....
Ku mewahkan dengan parutan cheddar cheese hehehehe... nyam... nyamm.... nyamm...

2 tapau siaaap!!!


Ni pula tiramisu saiz kecil. Ada yang mengidam nak makan tiramisu hheheheeh.....


Harap-harap lepaslah gian si dia yang nak makan ni ya... eheekksss...





Wednesday, May 27, 2009

BUDI YANG BAIK DIKENANG JUGA

Tiada kata secantik bahasa yang dapat ku ucapkan untuk melafazkan ucapan terima kasih serta penghargaan yang tak terhingga buat kak zati & suami, anak-anak kak zati - Qayyum, Azzahra, Taqiuddin, si comel Nur Iman & sorang lagi maaf kak tak tau namamu dik kerana aku terasa kehadiranku amat dialu-alukan oleh mereka sekeluarga. Tidak ketinggalan juga ucapan ini untuk ayah, mak serta adik kak zati.


Bagiku kak zati bukan sekadar seorang guru, malah seorang kakak & ibu yang sentiasa memberi contoh serta teladan yang baik untukku. Makan minum, pakaian serta solatku amat dititik beratkan. Kesabarannya melayanku yang kadang-kadang macam pekak-pekak badak ni merangkap lambat pick-up amat kuhargai. Kesungguhan suaminya yang membantu serta melengkapkan kekurangan semasa kelas serta kehadiranku di sana amat ku hormati.


Begitu juga dengan kelincahan serta kemesraan anak-anak kak zati yang mempelawaku untuk datang lagi ke rumah mereka begitu menghiburkan hati. Tidak dapat ku lupakan serta ku rindu si comel Nur Iman yang sentiasa mesra & manja dalam dakapanku.


Doaku semoga kak zati sekeluarga sentiasa diberkati Allah, sentiasa sihat walafiat, dilimpahi rezeki & anak-anaknya menjadi anak-anak yang berbakti kepada orang tua Amin.....


Sesungguhnya semasa menulis penghargaan ini aku tidak keseorangan tetapi bertemankan mutiara-mutiara indah yang jarang-jarang muncul pada detik seperti ini.


KELAS KAK ZATI (HARI KETIGA - SESI KEDUA)

Kelas terakhir ini adalah antara kelas yang ku nanti-nantikan. Fantastic Jelly. Ini adalah bunga daffodil. Keseronokan mempelajari fantastic jelly ini hanya yang pernah belajar saja yang dapat merasanya.





Dalam kelas kak zati, aku banyak diberi peluang untuk memilih. Kekadang sampai terkial-kial. Warna ungu muda jadi pilihan.




Gabungan bunga daffodil dan lilly. Beginilah rupanya.




Perkataan yang tidak asing bagi semua orang tanpa mengira usia. 'I Love You' menjadi pilihanku.
Aku dengan hasil kerja yang ku pelajari. Syukur alhamdulillah.... dah selesai..

KELAS KAK ZATI (HARI KETIGA - SESI PERTAMA)

Ini adalah kelas kek fondant & figurine. Kelas kali ini agak mendebarkan kerana bagiku kerja-kerja yang berkaitan dengan mencanai sesungguhnya menduga kesabaranku yang tipis ini heheheehhe.....

Tapi menggentel fondant minat pulak aku.. ahaksss... Tengoklah hasilnya heheheeh...



Tiba-tiba anak kak zati, azzahra menjerit, 'Kak Som!! lembu susunya 4 sajalah'. Aku membalas 'Ya kah?'... hahhahaha.... aku tukar terus dari 6 kepada 4. Anak kak zati sorang ni selain kreatif dia prihatin juga. Dah hari-hari dia tengok sapi heheehehh..... aku pulak hari-hari tengok kucing. Tu susu kucing yang aku buat pada lembu hahahahahah...



Figurine yang dihasilkan dihias pada kek fondant. Sungguh aku tak percaya aku boleh buat benda ni semua... Tapi disebabkan aku hari-hari angkat besi, figurine ni asal ku pegang mesti patahlah, tercabutlah. Kasar sungguh tangan aku ni memegang tapi kalau membelai lembuuuttt ahakssss.... ;)


Lembu duduk pun kak zati suruh aku buat.



Tengoklah idea dan sedikit sentuhan sifuku... Kreatif... kreatif...


Ten... ten... teeeeen... inilah dia kek fondant novelty ahaksss..... Nak tau... aku dah rasa fondant, sedap juga rasanya terutama bagi penggemar gula.


KELAS KAK ZATI (HARI KEDUA - SESI KEDUA)

Memang kegemaranku bermain dengan BC. Semasa kelas ni kak zati selalu berkata 'Sabor Som'. ahaksss.... tak sabar aku tunggu kak zati tolong warnakan BC. Dah dapat pegang piping bag... nah ini dia...
Kak zati ajar aku buat pokok. Katanya akulah pelajar pertama yang memilih kelas novelty. Rugi.. rugi... siapa yang tak pilih kelas ni ... ahaksss...
Dalam kelas kak zati ni macam ada magik... aku boleh ter'kreatif' dengan sendirinya... ahaksss.. ni pagar di keliling rumahku. Siap ada paku lagi... ahaksss..

Ni kira rumah idamanlah ni... ada batu2 dan sungai depan rumah... siap dengan jambatan lagi ahakss....

Inilah dia yang dinamakan kek novelty. Kek yang mengisahkan sesuatu. Kabur pula gambar2 yang aku ambil.. Cisss...



Ada jeram lagi... tak geram tengookkk... heheheh....



KELAS KAK ZATI (HARI KEDUA - SESI PERTAMA)

Hari kedua aku belajar buat Fancy Cookies pula. Inilah wajah2 cookies yang belum dimekap. Kesian... Aiksss... ada pula seekor kucing termasuk tu ahaksss...
Inilah hasil kerjaku bersama kak zati & anaknya, azzahra. Aku buat deko yang bunga2an, daun & rama-rama. Selebihnya tu kak zati & anaknya. Aku pun tumpang sekaki lah ahaksss...

Inilah dekoku. Cantik tak bunga yang berurat2 tu... eheeksss..


Hah yang ni saja2 ja gambar. Benda cantik takkan tak nak masuk blog. Anak kak zati ni memang kreatif. Sotong tu aku yang deko.. cantik tak?? ahaksss...


Rupanya begini kalau nak bungkus cookies yang besar2.


Jeng.... jengg.. jenggg.. Hasil cookiesku yang digubah dalam pasu tembikar... ahaksss....



KELAS KAK ZATI (HARI PERTAMA)

Salam kepada semua yang menjenguk blogku. Selepas balik berguru dengan kak zati demam pula aku lagi... Adusssss.....


Pengalaman belajar dengan kak zati pengalaman yang paling menyeronokkan dan mencabar. Sebelum aku bercerita tentang pengalamanku, aku nak tunjukkan dulu hasil-hasil kelas yang kuhadiri. Mesti korang semua pun nak tau kan heheheh.... Check it out....


Kelas hari pertama ialah pada hari Sabtu, 23 Mei 2009.


1. Kelas baking 4 method - kek butter, kek span tradisi, kek span segera & kek chiffon.


2. Kelas cut & paste - aku pilih nombor 1 sebab ni nombor kegemaranku ahaksss...


Ini adalah salah satu kek dari kelas baking 4 method yang hendak dibuat no. 1. Nak beli loyang no. 1??? Lupakan saja. Jom kita potong-potong & cantum.... Nampak kek ni macam tak menyelerakan sajakan.. Tunggu hasil lepas deko... ahaksss..



Jeng.. jeng... jeng... pandangan bawah kek dulu.. heheheh.... aku minat sangat deko bunga-bunga menjalar... jangan aku suka menjalar dah la hahahahah....




Ahahhh... ni pandangan atas kek pula. 'YOU'RE NO. 1 IN MY HEART". Aku bagi tulisan macam tu supaya nampak simbolik. No. ... tu bukan no. 10 atau 20... Dah no. 1 tu SEBIJI BESAR, tak kan nak tulis lagi kan? ok tak idea aku? heheheheheh.... perkataan HEART aku tukar kepada bentuk hati hehehehe... jiwang gitu...





Ni pandangan dari bawah.. bagi kamu suspen tengok heheheh...




Betapa jiwangnya kau sampai merata bentuk hati aku buat ahakkksssss.....


Ni pandangan dari sisi pula. Tu dia... dah nampak no.1.


Waaalllaaaaa... Inilah dia hasil kelas cut & paste. Cantik tak... hehehehe.... Bertabur LOVE kat kiri dan kanan no. 1 tu ahaksss....




Friday, May 22, 2009

MENUNTUT ILMU

Esok bermulalah perjalanan ku untuk menuntut ilmu dengan Kak Zati yang berada di Pekan, Pahang. Aku harap segala usahaku diberkati Allah.
Selama 5 hari aku berada di sana kuharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Aku akan kembali ke Labuan pada 26 Mei 2009 dengan harapan dapat mempraktikkan apa yang dipelajari nanti dan mendapat sokongan daripada rakan-rakan.
Selepas balik dari Pekan barulah aku dapat update blog ni. Tunggguuu....
Kak Zatiii.... i'm cominngggg to Pekan... ahakssss... ;)
p/s matai na... belum lagi aku packing :p

MALAM BROWNIES

Sebelum meninggalkan Labuan esok aku masih sempat lagi membakar brownies. Ini adalah tempahan daripada bos muda En. Hady. Harap suka dengan brownies ni. Disebabkan dah bosan dengan design biasa aku buat design begini yang masih menggunakan badam cincang dan coklat urai. Semoga selepas makan brownies ini, En. Hady akan bersinar macam bintang di malam hari ahakssss....

Esok anak saudara perempuanku akan bernikah. Disebabkan ketiadaan aku dan tiada apa-apa yang boleh kuberi, ku hadiahkan brownies ni. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Semasa makan brownies ni, tolong-tolong promosikan sekali ya... ahaksss..

Memandangkan esok hari Jumaat. Opssttt.... silap... Hari ni hari Jumaat, terasa pula ringan hati nak bersedekah (sambil-sambil tu promosi juga heheheeheh). Semoga sesiapa yang menikmati brownies ini akan merasa sedap hingga menjilat gigi ahakkksss... dan semoga aku selamat pergi dan balik... Aminnn...
p/s takut naik kapal terbang bahhh.... :(

Thursday, May 21, 2009

PROJEK MEGA (DEKO TIQA BROWNIES)

Ini pula tempahan Tiqa Brownies daripada rakan sekerjaku dari Jabatan Kewangan. Aku bagi sample pada temanku Shaberinah dan dia yang tolong promosikan. Terima kasih Shab... Kesian... aku bagi sekerat je sample tu dan dikerat-keratnya bagi semua orang rasa :( Kebetulan esoknya hari jadi Laura jadi tempahan ini terus dibuat setelah merasa brownies tersebut.


Inilah hasilnya setelah aku puas berfikir untuk mengubah rekabentuk browniesku yang 10 kali buat pun lebih kurang sama je rupanya. Harap Laura berpuas hati dengan tempahan ini. HAPPY BIRTHDAY TO YOU, LAURA...

PROJEK MEGA (TIQA BROWNIES)

Ni tempahan daripada bosku yang berbangsa Cina. Semalam aku bagi dia rasa Tiqa Brownies ni dan minta komennya. Suspen wooo.... Sebab bos aku sorang ni kalau pasal kualiti makanan aku tabik. Dia cakap kurangkan gula sedikit. Ok bos... Aku terima komennya.
Tup... tup... terus ditempahnya Tiqa Brownies 1 loyang kat aku. Ahaksss... Senang hati aku sebab brownies ni mahal harganya daripada browniesku yang sebelum ini.



Bila dikerat-kerat 3 biji tapau digunakan. Mudah-mudahan bos aku berpuas hati dengan brownies ini yang telah ku kurangkan kuantiti gula. Terima kasih bos atas sokongan. Pssttt... nak tau? Sebelum ni aku bawa Fancy Cookies, bos aku tak berkenan langsung ahaksss....


PROJEK MEGA (BROWNIES)

Selain daripada cheese cake, kakak aku buat tempahan brownies juga. Terima kasih atas sokongan yang diberikan. Bertubi-tubi tempahan daripada beliau. Siap tolong promosikan lagi.




Kakakku tak mau aku buat deco macam brownies anaknya tempoh hari. Dia minta deco kali ni jangan terlalu banyak bunga dan bunganya di tengah sahaja. Ahaks... tercabar juga aku tapi seronok sebab otak ni ligat berfikir macam mana deko yang sesuai dengan kehendaknya.




Disebabkan permintaannya sedikit saja bunga ros, inilah yang terlintas di fikiranku. Ahakssss.... deko jimat BC hehehehe....



Taraaaa..... Inilah hasilnya... Sesungguhnya kakak ku berpuas hati dengan deko ini. Yesss!!! ahakssss.....


PROJEK MEGA (CHEESE CAKE)

Salam semua... kali ni barulah ada kelapangan sedikit untuk mem'blog'. Semalam betul-betullah projek mega. Sampai jam 4.30 pagi baru siap. Aku harap penat lelahku berbaloi jika kek-kek ku sedap di mata dan enak dimakan... ahaksss... walaupun aku masih lagi rasa huuaaarrrrgghhhh.. ni pun tengah menunggu brownies masak... ehekkss....

Oreo cheese cake ni ditempah oleh Katy yang belajar buat brownies dengan aku hari tu. Cheese cake ni dia nak bawa belayar ke KK. Pesanan untuk Katy, tak pa kasi peluang sama kau. Nanti sudah pandai buat cheese cake... buat sendiri ahahahahhhaahah... Bangga juga aku bila dapat tau banyak juga brownies yang dia dah buat. Macam tulah... Go! Go! Katy...


Memandangkan ada lebih buttercream aku pun hiaslah sikit cheese cakenya walaupun BC tak termasuk dalam menu cheese cake hehehehe....


Ni posing dari sisi lain pula.. walaupun gambar ni tak cantik bagi aku, tapi memandangkan pagi-pagi buta aku snap gambar ni, kamu tatap je lah ye heheeheh....


Ni cheesecake yang ditempah oleh kakak ku yang sulung untuk jamuan majlis Hari Guru di sekolahnya. Versi yang ini aku campur serpihan oreo di dalamnya heheheh... nak bagi kelainan pastu aku letak BC kat bahagian bawah.. Dah yang satu BC duduk atas, yang ni di bawah pulak ... ahaksss.....



Zoom sama dia nak bagi tunjuk BC hehehehe... 2 biji cheesecake siap akhirnya.