BERITA TERKINI DARI KCH

Kini!!! KCH ada menyediakan khidmat mencetak gambar menggunakan EDIBLE IMAGE. Sila hubungi KCH di facebook 'Kalthom House' untuk keterangan lanjut.



Sila layari www.facebook.com/kch74 untuk gambar-gambar terbaru dari KCH. Jumpa di sanaaa.... ;)



Sunday, June 28, 2009

KELAS BASKETWEAVE HARI AHAD






Hari ini kelas basketweave dimulakan seawal jam 9.00 pagi juga. Kali ni member sepejabatku, Kak Jun yang nak belajar. Tapi dia nak deko yang lain dari kelas-kelas yang sebelumnya. Tengok dulu bunga ros yang dibuat.. ahakss...



Bagi suspen sikit... ni kuntuman bunga yang kecil-kecil yang menjalar hehehehe...



Taraaa... syukur Kak Jun berpuas hati dengan deko ni. Cepat saja dia buat. Jam 3 petang semua dah beres. Kek pun dah siap masuk dalam kotak. Aku dengan baik hatinya membetulkan kedudukan kek tu supaya bunganya tak terkena tepi kotak. Sekali... Kami berdua menjerit 'AAAAAAAAAAAaaaahhhhhhhhhhhh'. Tangan aku tertampar kek hingga ternampak isi kandungan hehehehe... nasib dapat repair... Sorry Kak Jun... haahhahaa....



Kak Jun bahagia dengan hasil dekorasinya.





Saturday, June 27, 2009

KELAS BASKETWEAVE HARI SABTU

Sabtu ini kelas basketweave bermula jam 9.00 pagi. Seperti yang dijanjikan Pn. Faeizah, Pensyarah UMS KAL datang awal beberapa minit sebelum jam 9.00 pagi. Nasib aku sempat bersiap sebab semalam jam 3.30 pagi baru tidur. Itu pun Pn. Faeizah kena tunggu keeejap hehehe...
Inilah hasil deko beliau.

Semua bunganya beliau sendiri yang buat. 100% tulen ahaksss.....


Kek kali ni tinggi.. Masa baking kek ni semalam aku dah panik takut kek ni tinggi macam rumah pangsa....


Jengg... jengg... jengg....



Inilah Pn. Faeizah... Badan aku sampai miring-miring mau explain macam mana nak buat bunga. Sekali siap heheheheeh.... Taaraaaa..... Sekejap je dia dapat buat....









TEMPAHAN DAN PERSEDIAAN KELAS


Semalam aku menyiapkan tempahan dan membuat persediaan untuk kelas basketweave yang akan diadakan pada keesokan paginya. Ni tempahan 1 loyang brownies dengan hiasan coklat rice sahaja dari temanku Surimah... repeat order yang aku tak terkira dah berapa kali repeat heheheeh... makasih Mah atas sokonganmu.

Satu loyang ni yang dah dikerat-kerat untuk dipek dan dihantar ke D' One Mart. Sabtu ni siapa nak cuba brownies bolehlah ke sana. Fresh dari oven.

Brownies ini aku campur sekali badam dan coklat rice.



Siap untuk diambil dan dipos ke D' One Mart ahaksss.... Terima kasih buat kedua orang tuaku yang selalu tolong hantarkan browniesku ke D' One Mart dan kedai-kedai yang lain.






KELAS DI SABAH



Salah sorang guru baking ku Pn. Nina dari JB akan datang ke Sabah untuk mengadakan kelas berikut:




KELAS HANDS-ON KEK LAPIS SARAWAK

TARIKH: 4hb JULAI 2009 (SABTU)
TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA BEAUFORT
HUBUNGI: 016-9556655 (EN. ZUL)
TARIKH: 5hb JULAI 2009 (AHAD)
TEMPAT: DEWAN KOTA KINABALU
HUBUNGI: 016-9556655 (EN. ZUL)




** KELAS STEAM BUTTERCREAM & KELAS KEK GANACHE

TARIKH: 06hb JULAI 2009 (ISNIN)
TEMPAT: KALANSANAN INANAM (9.00AM)
FEE: RM150.00 & RM150.00 (BOLEH PILIH NAK MANA SATU)
HUBUNGI: 012-7404669 (NINA)

MODUL: - MEMPELAJARI TEKNIK UNTUK MENCAIRKAN BC.
- TEKNIK YANG MUDAH DAN CANTIK. SUDAH SEMESTINYA MULUS MCM FONDANT
Untuk keterangan lanjut sila layari: http://www.sweetlillykitchen.blogspot.com/ atau klik saja di sebelah kanan blogku kategori 'TERIMA KASIH CIKGU'.

Sabor je lah aku.. teguk air liur jelah... aku nak sangat pergi berguru lagi tapi ada aral melintang. Dekat je lagi tu. Tambang ke KK RM20 je dah lepas... Adihhh.. tension aku... Aku nak sangat belajar buat steam BC & kek ganache...



Wednesday, June 24, 2009

NYAM... NYAMM....NYA KEK BATIK MILLA



Malam ni aku merajinkan diri buat sesuatu. Memang lama terasa nak makan kek coklat. Terpandang kat blog gengku http://www.atiqahkitchen.blogspot.com/ aku terus minta resipi kat http://www.bakewithmilla.blogspot.com/.

Kek batik ni memang favourite aku. Tapi selalu buat tak jadi ahakss.... Inilah hasilnya ahaksss... sedaappp.... tapi tak secantik yang Tiqa buat. Sabor jelah...

Terima kasih buat Milla sebab bagi resipi yang superb ni. Buat Tiqa terima kasih sebab buat aku jeles dan masih jeles lagi sebab kek batik aku tak cantik macam dia punya... Uwwaaaaa....

Nampak gayanya kalau nak makan kena beli ahaksss....









Sunday, June 21, 2009

MAJLIS ISTIMEWA





Majlis ni rupa-rupanya majlis pertunangan dan hantar berian. Baru aku tau ... dah sibuk dengan kek.



Ni dulang tepak sirih.




Duit buka mulut dan mas kahwin.


Duit berian.




Besarnya rama-rama. Dulang untuk handbag.





Antara gambar-gambar yang ku ambil. Minat betul aku tengok rama-rama ni.





Hehehehe... adegan untuk gambar kenang-kenangan.




Semoga sampai ke jinjang pelamin... Aminnn.....




Cincin merisik.




Cincin tunang.









TRAGEDI JUN


OMG


Hari Sabtu dah tibaaaa.... aku tertidur sampai jam 10.30 pagi sebab dah semalaman tak tidur mendeko kek kereta oren bertuah. Lepas mandi aku pergi turun makan sambil tolong-tolong menghidang. Anak saudaraku tengah bersiap di tingkat atas.


Tiba-tiba kak ngah panggil aku dan berkata "Baik kau tengok kek kau, kena tekan oleh budak". Aduhhhssss..... dah lah aku tak tidur buat kereta tu kalau rosak teruk mati aku. Sekali aku naik atas.... adiiihhhh... boleh tahan juga rosaknya sampai yang nak bertunang tak henti-henti membebel sambil tolak pinggang hahahahha...


Aku panik juga ehh... nasib BC aku tak buang semua. Masa tu rombongan lelaki dah nak sampai, anak buahku suruh dorang pelan-pelan datang ahahahaha.... aku pun beraksi me'repair' atas katil... 2 orang anak saudaraku dan seorang kawannya membantu aku termasuk membantu dalam aksi mundar-mandir hehehehehe.... BC beku sikit, Hani yang tolong kikis... Aku arahkan campur warna merah dan kuning. Zilla, yang nak bertunang lak yang menyampuk... "Mana? Mana? Yang ni?" Mak aku yang tiba-tiba muncul dalam bilik menjerit "Eh.. jangan kau sentuh warna tu.. nanti kena baju kau?" heheheheh... semua dah panik... Kek kereta ni adalah hantaran yang paling istimewa untuk tunangnya. Apa tak panik bagai nak gila. heheheh....

Tengah asyik me'repair' cermin depan kereta aku tertindih pula wiper. Liza menegur 'Eh.. maksu wiper juga tu' hehehehee... dah panik terpadam pula...

Bila dah bab mencampur warna memang susah nak bagi sama dengan campuran pertama. Tapi anak saudara aku semua menjerit "Oklah tu maksu, bolehlah janji dapat repair". Nah inilah hasilnya. Geram juga aku kereta aku dah macam baru lepas keluar workshop. Memang tak puas hati tapi syukur pihak lelaki suka sangat dengan kek kereta ni ahaksss... ahakss... kembang juga aku sikit je la.. ahaksss... ahaksss...


Ni tangan si Hani anak buahku yang nak sangat tangannya masuk blog.. ahahahhahahha....