BERITA TERKINI DARI KCH

Kini!!! KCH ada menyediakan khidmat mencetak gambar menggunakan EDIBLE IMAGE. Sila hubungi KCH di facebook 'Kalthom House' untuk keterangan lanjut.



Sila layari www.facebook.com/kch74 untuk gambar-gambar terbaru dari KCH. Jumpa di sanaaa.... ;)



Saturday, August 29, 2009

KELAS PERTAMA DI BULAN RAMADHAN

Kelas pertama di bulan Ramadhan ini dihadiri oleh Hayati, bekerja di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Kami ni rakan satu sekolah semasa di SMK Labuan. Seronoknya lagi beliau ni isteri kepada rakan sekerja ku Abidin, Jabatan Pelancongan ehekssss... macam jejak kasih plak ahaksss....
Kelas baking 2 jenis cheese cake jadi pilihannya dan hadir bersama anak perempuannya yang baru berusia 4 tahun tapi dah pandai baca doa penerang hati, baca Iqra buku 2 lagi tu. Wahhh... boleh tahan jadi mak budak, sesuai dengan wajah keibuannya.... aku kalau ada anak tak tau lah eehehehehehhe..... Diharap lepas ni Hayati mendapat tempahan dari rakan-rakannya.
Psttt... yang tengah tu Chocolate Moist Cake. CMC tu percuma aku bagi sempena bulan Ramadhan ni bagi kelas RM150.00 dan ke atas (sekaligus promosi ahakssss...). Selamat bebuka puasa buat Hayati dan keluarga. Semoga bergembira menikmati juadah berbuka yang baru dipelajari....

AMBOIIII MANJANYA....

Aksi yang mencuit hati aku semasa ke rumah kakak sulungku. Eeeee.... geramnya aku.... Tak tau napa ia jadi begini.
Penat surfing internet kot hehehehe.... lama dah tak menimang anak kucing. Geram aku tengok heheheh...




PERTAMA KALI

Ini merupakan pertama kali tempahan Oreo Cheese Cake yang dideko menggunakan Fresh Cream. Memandangkan perkataan 'MOM' digunakan aku pun tak teragak-agak memilih bunga chrysantheMUM sebagai hiasan. Baru sebutannya sama hehehe..... 'Chrysantemum for Mom' hehehehh... Seronok aku menghias kek ni, tak sangka halussss sapuan aku ahaksss....
Tempahan ni dari rakan sekerjaku Sapar di Jabatan Perkhidmatan Perbandaran. Terima kasih atas tempahannya dan diharap berpuas hati dengan kek ini. Kek dah sedia untuk diambil. Selamat Berbuka Puasa...


Wednesday, August 26, 2009

KEK GARFIELD

Taraaaa..... heheheehe... debaran aku berakhir dengan siapnya kek garfield ini. Semalam tepat jam 2.30 pagi baru aku dapat luruskan tulang belakang aku atas katil.... ahaksss.... Aku tak sangka rupa-rupanya rakan-rakan aku lagi kreatif dengan bermacam-macam permintaan.


Kek ini adalah tempahan dari aunty kepada Lina rakan sekerja aku di Jabatan Perkhidmatan Perbandaran. Kek span vanila dilapisi dengan fresh cream dan dimewahkan dengan fruit cocktail membuatkan kek ini mencapai ketinggian yang tidak aku sangka. Tapi tak lah setinggi mana pun heheeheh... Sekali aku timbang, beratnya dekat 1.5 kg juga... seberat cabaran menyiapkan kek ini sehingga aku perlu pacak 2 batang straw supaya kek ni tak tumbang dan kek aku puas bermain 'keluar masuk peti sejuk' heheheheh... fresh creamlah katakan.. kalau cair, naya aku ... ahakss.....
Mula-mula aku panik juga semasa nak mengukir kek ni... sebab sebelum aku mengukir sesuatu aku akan tenung kek bertingkat ni dan bayangkan bentuk yang aku nak buat... tapi batang hidung garfield pun aku tak boleh nak bayangkan... walau bagaimanapun, hasilnya alhamdulillah boleh jugalah walaupun aku tak berpuas hati 100%. Kalau tak boleh bayangkan juga silap-silap aku cari air jampi untuk aku hahahahahaha.... Sudut ni aku ambil untuk menampakkan ekornya yang ditampal 'last minute' hehehehehe....

Terima kasih buat Lina dan aunty beliau kerana secara tidak langsung meningkatkan kemahiran aku dalam bidang mendeko ni melalui tempahan beliau heheheheh... syukur juga kerana ramai yang berpuas hati dengan kek ni... walaupun aku tengok garfield aku bongkok sabut ahakssss..... Sudut ni aku ambil nak bagi tengok hujung ekor garfield hehehehee... tapi gelap la pulak.
Rata bahagian depan garfield aku ni... hehehehe... nak jimat dari membazir kek kalau terlalu diukir hehehehe.....ataupun alasan kurang mahir mengukir ... hahahahaha.....

Saturday, August 22, 2009

SELAMAT BERPUASA

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Entry aku kali ni ringkas saja. Tempahan CMC dari Anne, Jabatan Perancangan untuk birthday suaminya.
Harap Anne berpuas hati dengan tempahan ini. Terima kasih atas tempahannya ya..
CMC lagi tempahan dari Surimah, Jabatan Kewangan yang entah berapa kali repeat order hehehehe.. Makasih bebanyak mah....


Ini pula tempahan Span Cheese Cake daripada Suzie, rakan sepejabat. Selamat menikmati keknya.





Thursday, August 20, 2009

SEMALAM DI DAPURKU

Aktiviti ku semalam.. Kek kepala doraemon yang ditempah oleh rakan sekerjaku Musa di Jabatan Perbandaran. Harap berpuas hati dengan dekorasi dan keknya ya.
Ini pula span cheese cake yang ditempah oleh kak long aku untuk di pejabatnya.
Ini kek span coklat yang disaluti dengan fresh cream. Sesungguhnya aku amat tidak berpuas hati dengan design ini. Nampak kaku jer.. hishh.....
Deko ni siap jam 2.15 pagi. Siap dengan tulisan ku yang gagal dalam test timbang air ahaksss.... rasanya mengantuk yang buat akuk tidak kreatif dan gagal segala-galanya atau.... itu cuma alasan... hahhahahahahah....
Inilah kek yang sedang di'ngap' oleh aku dan rakan sepejabat hehehehe.... Penuh dengan khazanah fruit cocktail heheheheh... Jumpa cerinya tak??? hehehehehe


Wednesday, August 19, 2009

KEK FRESH CREAM BERWARNA

Heehehehehh... inilah kek fresh cream berwarna yang pertama aku buat. Rasanya aku dah boleh bagi warna fresh cream ni hehehehe... Kek span vanilla yang dimewahkan dengan fruit cocktail (bukan fruit cocktail tropical) di dalamnya.

Pandangan sisi.




Klik! Klik! Untuk santapan mata hehehehe....




Bentuk heart ini aku hasilkan dari teknik cut and paste. Tak perlulah aku beli loyang bentuk heart hehehehehe....



TEMPAHAN BARU

Tempahan dari rakan sekerja RyNa's di Jabatan Perangkaan. Terima kasih atas tempahannya. Maaf kerana nak deko secara kreatif lain pula rupanya oreo cheese cake tu. Walau bagaimanapun, terima kasih kerana berpuas hati dengan keknya eheheheh...

Monday, August 17, 2009

DORAEMON LAGI... AHAKSSS...

Assalamualaikum semua.... ahaksss....

Aku rasa seronok sangat nak masukkan entry ni. Tempahan dari Ryna's untie. Mula-mula minta aku buat bear duduk. Lepas tu permintaan berubah ke Doraemon duduk memandangkan anaknya suka sangat pada doraemon. Katanya senang sikit nak buat sebab doraemon tiada telinga. Tapi aku yang risau sebab doraemon kepalanya besar ahaksss... takut tumbang kek aku ahaksss... tapi akhirnya.. jeng..jengg. jeng... kontot saja aku buat ekornya ahaksss..




Melilit 1 cake board dengan ucapan..




Dari atas pun boleh nampak matanya... ehheheheeheheh



Lebarnya senyuman... dari tepi pun nampak ahaksss....




Bahagianya Doraemon duduk di kelilingi 4 patung doraemon yang kecil .... tapi aku lagi bahagia.... alhamdullillah hehehehehe.... siap main mata lagi hehehe...






Saturday, August 15, 2009

CUCUKU... AHAKSSS.....

Tahniah untuk anak saudaraku Khairul Adam dan Fitri kerana dikurniakan anak lelaki yang comel lagi montel heheheh... Lama dah tapi baru sekarang aku berkesempatan nak bagi dorang kek (CMC)... Tahniah untuk mereka berdua.. dan tahniah untuk aku juga kerana mendapat cucu ahaksss....

YANG DITUNGGU DAH TIBA

Inilah barang-barang yang ku pesan dari temanku Zai di JB. Berbunga-bunganya hati aku dapat cookie cutters ni ahaksss.... Terima kasih yang tak terhingga buat Zai atas susah payah beliau mengadakan semua ini dan tidak dilupa juga guruku Nina atas kesudian mengepos barangan ini dengan lajunya hehehehe.... Guna Pos Lajuu.... Saayang korang...


DORAEMON & KEK BATIK COKLAT

Tempahan Sabtu ni sungguh meriah dengan tema DORAEMON heheheheh.... tempahan dari 2 orang berbeza. Sebenarnya aku dapat 3 tempahan Doraemon. 1 lagi tunggu entry ku yang terkini heheeheh.....
Tempahan ini dari rakanku Surimah, CMC yang dideko sebegini rupa. 3 patung doraemon supaya anaknya tak berebut hehehehe...
Memandangkan doraemon warna biru. Aku rasa bersalah pula kalau border aku letak warna lain ahaksss.....
Patung ni pun aku sengaja pilih rekabentuk yang berbeza supaya anak-anaknya dapat bezakan yang mana satu dorang punya heheheheh...
Ini pula tempahan CMC dari Suna, LKIM. Aku bagi pilihan sama ada nak muka doraemon sahaja atau 1 kepala. Katanya nak satu kepala jadi aku design 3D ahakss....
Hidungnya pun aku bagi 3D hehehehe....
Taraaa... Ucapan dari Doraemon untuk Adik Zetty heheheheh....
Ini tempahan Kek Batik Coklat dari Suna juga. Aku terkejut juga boleh berderet yang merayakan hari jadi heheheh... No. 4 tu aku fikir tarikhnya 12 Ogos... hehehehe... Harap kek ini menepati kehendak Suna.

REZEKI HARI JUMAAT

Syukur alhamdullillah Jumaat ni banyak sedikit tempahan yang aku terima. Span Cheese Cake ini jadi pilihan anak bosku, Elis. Semoga Elis bergembira menikmati kek ni ya.
Ini pula sokongan padu dari Saloon Impiana hehehe... tempahan dari Ti, nak bawa balik kek ni ke KK katanya.

Ini pula tempahan dari Bi, yang potongkan rambut aku baru-baru ni hehehehe... Lepas juga gian aku nak mendeko ahaksss...




Bunga baru yang aku buat hasil dari pembelajaran sendiri.



Aku pilih warna lembut supaya orang tak takut makan kek ni heheheeh...



KEK TANPA DEKO

Ini merupakan tempahan yang kuterima dalam minggu ini tanpa dekorasi. Tempahan kedua-duanya dari rakan sekerja di Jabatan Pentadbiran Kak Azizah (2 biji CMC) dan...
Saberina (sponge cheese cake)... Terima kasih atas sokongan mereka berdua. Harap berpuashati dengan kek masing-masing.




Wednesday, August 12, 2009

MINGGU CMC

Minggu ni dan minggu lepas Chocolate Moist Cake menjadi pilihan teman-temanku. Termasuk teman sejabatan, Ain. Ini pula brownies dan CMC untuk dihantar ke D'One Mart. Baru sempat masuk entry. 1 CMC dihantar ke tempat kerja abangku di Liberty yang 1 lagi tu aku dah lupa ke mana tujunya... ahaksss... mudahnya lupaa.... Aku sempat ambik gambar sebelum kena make-up je hehehehe....
Ini pula CMC yang aku siapkan pagi tadi masing-masing dihantar ke Jabatan Pentadbiran, Saloon Impiana, JUPEM dan orang kat rumah pun nak... yang dalam pinggan tu hehehehe...

Sunday, August 9, 2009

TERIMA KASIH SEMUA....

Aku ingin merakamkan rasa terima kasihku yang tak terhingga kepada insan-insan yang telah menjayakan trip aku ke KK kali ini yang aku rasa paling dan tersangat mencabar kesabaranku.
1. Mak - kerana menemankan aku sepanjang masa baik dalam perjalanan pergi dan balik, mencari barang-barang keperluan, dalam tempoh sebelum, semasa dan selepas kelas. Baik di dapur atau di mana sahaja bagi menjayakan kelas kali ini.
2. Abang ipar aku, Hj. Abdullah - sebab membenarkan aku menggunapakai rumah beliau sebagai kelas baking.
3. Kak Ngah - membenarkan aku mengguna peralatan rumah terutama oven tanpa bayaran dengan syarat ovennya perlu dibersihkan... ahaksss... kacang...
4. Fui - atas kesanggupan beliau menghadirkan diri pada kelas aku yang ditunda 2 jam hish... malunya akuu....
5. My Niece, Zilla - seronok tidur atas katilnya. Lurus tulang belakang aku ahaksss...
6. Sham - hampernya dah dibuka... heheheheh....
7. My Nephew Razif & friends - sukanya makan kek aku.
You All Make Me Happy... Thank You So Much muaaahhhssss.....
Gambar Sumbangan Yahoo!

KEGEMBIRAAN HARI SABTU

Selepas kelas, kakak aku menceritakan sesuatu kisah yang membuatkan hati aku seronok sangat heheheh... Dia jumpa anak bongsunya, Razif, yang tinggal di asrama UiTM, Menggatal dan selalu dapat menikmati kek-kek hasil pembelajaran aku di Sabah bersama teman-teman sebilik/seasramanya. Ini kes kat rumah kakak aku tak da siapa yang makan. Banyak sangat. Rupa-rupanya teman-teman Razif ni selalu tengok blog aku dan asyik berkata "Huishh... sedapnya ni". Sebab mereka lah orang yang pertama makan kek aku sebelum kek tu masuk blog hehehhee..... Razif pula berpesan, memandangkan teman-temannya jadi macam tu dia minta kalau ada kek yang aku buat hasil pembelajaran ku dihantar kat dorang. Malangnya trip aku kali ni bukannya belajar tapi mengajar. Aku ni pernah juga tinggal di asrama dan asrama yang sama pula tu. Disebabkan aku tau situasi mereka di sana aku hadiahkan Razif dan teman-temannya brownies dan ........
Span Cheese Cake.... Harap-harap dapat melepaskan rasa gian dorang hehehehehe.... Ucapan dari Aunty (ehem..ehemm.... rasa dah tua plak) selamat menjamu selera dan jangan risau... apa-apa kiriman kek untuk Razif kamu pun akan dapat juga .... ahaksss..... Dah habis belajar nanti bolehlah join kelas aunty... jadi, kalau nak makan boleh buat sendiri ahaksss.....

Ni pula close-up span cheese cake.. Bagi dorang terbayang-bayang rasanya selepas makan nanti hehehehe...


Sham pun sempat aku bagi 1 tapau brownies. Selamat Menjamu Selera Buat Semua ahaksss....