BERITA TERKINI DARI KCH

Kini!!! KCH ada menyediakan khidmat mencetak gambar menggunakan EDIBLE IMAGE. Sila hubungi KCH di facebook 'Kalthom House' untuk keterangan lanjut.



Sila layari www.facebook.com/kch74 untuk gambar-gambar terbaru dari KCH. Jumpa di sanaaa.... ;)



Tuesday, September 22, 2009

KEK DEKO EKSPRESS

Kek ini untuk anak saudaraku, Muhammad Saifullah. Aku dah pesan pada anak saudara aku... ingatkan aku bila hari jadi dorang... masa bulan Ramadhan hari tu ada diberitahunya aku.. manalah mak su ingat hehehehehe... al-maklum dah tuuuuttt.... ahaksss....
Hari jadinya pada hari ini... diberitahunya pagi tadi... menjelang tengah hari aku dah siap membakar keknya... lepas tu aku pergi shopping spree sementara tunggu kek sejuk hehehehehe..... balik saja aku pukul fresh cream, potong kek dan bla..blaa..blaa...
Waaallaaaa... siap kek ni dideko dalam masa kurang dari 1 jam ahaksss.... mula-mula aku deko kek ni 'macam' nampak elegan je... tapi aku tambah sini sana... alamak.. lain macam je aku tengok ... hentam je lahh hahhahaha...
Apa lagi... acara potong Kek Fruit Cocktail Fresh Cream ahaksss....


SERONOKNYAAA..... AKUUU....

Kek Fruit Cocktail Fresh Cream... tempahan dari anak saudaraku Baizurah.... seronoknya aku tak terhingga dapat menyiapkan kek ini sedemikian rupa... ahakssss....
Tapi... yang kurang seronoknya tu semasa aku menyiapkan lukisan garfield ini... teknik yang aku cuba sendiri ini seperti ada kekurangan.... kurang cekap... nak pergi berguru lagi ni.... ehehehehe...

Untuk memeriahkan suasana aku letaklah belon-belon ceria ni hehehehehe.... tak pasti pula anak saudara aku tu berpuas hati atau tidak dengan kek ni... tapi bagi aku... 99.99% aku berpuas hati... ahaksssss......

KEK 1 SYAWAL

Inilah kek pertama di pagi 1 Syawal yang aku deko dan siap dalam jam 10.30 pagi.
Tempahan dari Noy, Kg. Patau-Patau No. 1. Ini kira replika kereta kancil suaminya. Aku buat sehabis baik yang mampu ku buat... Disebabkan tempahan last minute, terpaksalah belated 1 hari hehehehe....


Tak sangka Chocolate Moist Cake boleh juga dipotong-potong. Tapi tak semudah kek span...


Noy membuat tempahan pada malam 18hb semasa aku berbuka puasa di rumah abang aku sekaligus merayakan hari jadi anaknya.... Confirm saja tempahannya, aku terus ambil gambar kereta kancil kakak aku yang turut hadir di majlis tersebut ahakssss..... dari semua sudut aku ambil dan aku harap Noy sekeluarga berpuas hati dengan kek berserta dekonya.



Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI SPONGE BOB

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua.. Entry pertama pada hari pertama bulan Syawal.


Kek hari jadi anak buahku Abdul Shafiq Abdul Salim yang telah dirayakan pada 18 September 2009. Bila abang aku tengok kek ni dia terus menjerit.. Terkejutnya aku rupanya tersalah eja nama anak buah ahaksss.. sorry.. tapiiii.. don't worry.. now you see it.....





Now you don't.... hhahaahahha.... Tulisan yang telah dibuat plastic surgery menggunakan pencungkil gigi ahakssss.... kira ok juga lah... walaupun tulisan senget hahahaha.....






Entah macam mana tiba-tiba dapat ilham buat border macam ni. Dalam keadaan penat, mengantuk, kelam kabut, stress nak menyiapkan tempahan dan nak menghabiskan fresh cream warna biru yang masih banyak... inilah hasilnya ahakssss..... macam stalaktit dan stalagmit pula aku tengok hehehehehe....





Wajah anak buahku yang control macho memotong kek.... ahakssss....





Meriah sungguh berbuka puasa hari tersebut. Makanan semua sedap-sedap. Tapi disebabkan aku terlalu mengantuk... hanya ini saja menu yang sempat aku ambil ahakssss... ini pun sedapppp..... hahhahaha....



Thursday, September 17, 2009

M, I, C, K, E, Y.... M, O, U, S, E.....

Tempahan Chocolate Moist Cake seberat 1.5 kg setelah dideko sebegini rupa yang ditempah oleh rakan sepejabat aku, Linda.



Memandangkan ini kali kedua aku deko kepala Mickey Mouse, jadi aku alter serba sedikit designnya. Mungkin juga perubahan yang kurang ketara.



Tapi yang ketara sangat Mickey Mouse aku jadi macam tikus cencorot.. ahakssss... mancung dan tinggi hidungnya... telinga tetap lipat ke belakang hehehehe....




Tambahan border pada tepi kek di bahagian bawah... hehehe... saja nak bermain dengan BC.... dan bagi strong accent... cheewaaah....



Harap-harap Adik Aymen dapat menyimpan memori kek mickey ini walaupun baru berusia 1 tahun... Happy Belated Birthday Aymen Daniel....




Tuesday, September 15, 2009

CMC DEKO RINGKAS

Mulai bulan ini aku hanya akan update blog ini dengan kek yang dideko sahaja. Susahnya nak cari masa terluang nak update blog.
Ini tempahan dari Suzie rakan sepejabat aku.. Permintaan tanpa deko, hanya tulisan sahaja. Permintaan ditunaikan cuma bila dah pegang piping bag rasa bersalah pula tak letak border hehehehee..... walaupun ringkas tapi biar bergaya heheheheh....


TANGKAPAN DI BULAN RAMADHAN

Saja-saja nak masuk blog untuk dijadikan kenangan hehehehehe.... Kisah tangkapan abang aku yang sulung. Memancing di jeti tempat kerjanya... tup..tup... dapat ikan putih seberat 2.4 atau 2.6 kg.. aku pun dah lupa sebab dah kesedapan makan ikan ni yang dimasak 'Masak Lemak Cili Padi Dengan Belimbing Buluh'....
Cukup lomak dan podehnyo hehhehehehe.....


Thursday, September 10, 2009

SELAMAT HARI JADI

Ini adalah kek hari jadi kakak aku yang dah tertunda 2 hari. Ulang tahunnya pada 8 September yang lepas... tapi disebabkan 8hb aku sibuk dengan tempahan dan 9hb pula aku kena migraine... malam ni barulah dapat dideko keknya.



Deko ekspres.. banyaknya lopak... hentam sajalah... mendeko dalam keadaan kurang sihat.. ahaksss....




Buat pertama kalinya aku mendeko berlatar belakangkan warna merah jambu. Selalunya putih je.. kali ni selain menghadiahkan kek ni pada hari ulang tahunnya, aku buat eksperimen juga hehehehe... bunga ros yang entah berapa kali aku kena buat baru jadi... kes malas nak pekatkan BC hahahaha....



Kira ok juga hehehe... ceria dengan kek butter yang dah 2 hari terlebih tempoh.



Acara potong kek.... lupa pula nak tiup lilin heheheheeh....

MINNIE MOUSE

Tempahan ini aku terima daripada rakan sepejabatku di Jabatan Pelaburan & Sosio Ekonomi, Suzie... CMC untuk wedding anniversarynya dengan suami tersayang Helmi, rakan sekerja di Jabatan Perkhidmatan Perbandaran berdekorasikan wajah Minnie Mouse yang lebih mengutamakan keceriaan anak-anaknya.
Ini reben Minnie yang aku cuba teknik colour shading buat pertama kalinya. Nampak tak??? hehehehe....
Seperti deko sebelum ini... sebarang imej yang melebihi ruang, dilipat ke tepi kek hehehe....


Hidung tetap muncung... kalau kemek aku takut jadi binatang lain pula hahahaha.....



Inilah hasilnya.... Taraaa...... Minnie Mouse... ahaksss...... berlatarkan warna merah jambu atas pilihan Suzie... Terima kasih atas tempahannya.. Semoga ceria bersama anak-anak merayakan ulang tahun perkahwinan.




Friday, September 4, 2009

MICKEY MOUSE

Tempahan kali ni yang dibuat oleh rakan sekerja aku, Farizal di Jabatan Perkhidmatan Perbandaran. Isteri beliau juga rakan sekerja ku di Unit Penguatkuasa, Bibi Haslina. Sebelum itu, ucapan penghargaanku buat Farizal atas ideanya yang memecah kebuntuan aku hehehehe...

Pada mulanya beliau nak CMC yang dideko dengan kepala Doraemon. Selang beberapa hari beliau tukar fikiran dengan memilih kepala Mickey Mouse pula hehehehe... bermula dari situ aku asyik fikir macam mana nak deko kepala Mickey Mouse dengan telinga. Bukan tak boleh deko tanpa telinga tapi bagi aku tak cantik jika dideko sedemikian rupa. Aku hanya boleh fikir nak pacak biskut oreo menggantikan telinga tapi kecil lah pula.
Tapi akhirnya, semasa 'lawatan rasmi' beliau ke pejabatku (chewahhh heheheheeh)... inilah idea yang beliau bagi dan aku berkenan sangat hehehehee....
Nama anak tersayang....
Aku menggunapakai idea beliau pada dagu juga heheheheheh.....
Haaahhhh... part hidung pula mana boleh kemek... ahaksss.....


Aku rasa aku telah menghasilkan kek ini dengan sebaik mungkin 'mengikut keupayaanku' hehehehe.... siap aku cadangkan lagi mana nak cucuk lilin hehehehe... aku harap siapa yang tengok kek ini secara 'live' akan jatuh cinta pada kek ini (bukan pada aku) ahahahaahahh... sebab lepas deko kek ni... aku 'pengsan' sampai sahur hahahhahahahah.....

TEMPAHAN ORANG SEBERANG

Tempahan kali ini dari rakan ku Halen yang bekerja di Jabatan Laut Sabah. Beliau menghantar sms kepada aku untuk menyediakan sebiji kek untuk mantan bosnya Pengarah di Jabatan Laut Labuan.

Inilah hasilnya.... jeng..jeng... jengg...




Bagi zoom lagi sikit.. hehehehehe....


Thursday, September 3, 2009

KEK BEN 10

Tak banyak catatan aku kali ini. Akibat keletihan di pejabat, di dapur rumahku, ini, itu dan bla..blaa..blaaa... aku ketandusan kata-kata... Cheewaah.... Tempahan CMC dari Surimah untuk anak sulungnya. Permintaan gambar kartun Ben 10.



Logo Ben 10 dah tak muat pada kek @ terlupa hehehehe..... apa-apa pun aku harap anak Surimah kenal ini Ben 10... jangan BenTan dah lah ahaksss....