Mula2 sekali aku buat buat kek coklat kukus, brownies, kek marble dan swiss roll dan kemudian oreo cheesecake. Betul2 selepas selesai aku putar adunan cheesecake tupp... nah kau... termati hand mixer elektrik yang aku guna. Aduhhh... tak de elektrik (kalau tak silap jam 12.15 tengah hari)... cheesecake belum dibakar & buttercream icing untuk basketweave belum diputar... Macam mana ni?
Nah keluar oven antik. Sayangnya aku lupa nak ambil gambar oven tu. Oven tu macam kotak kemudian cara guna letak atas dapur gas heheheeh... Selamat cheesecake aku dapat juga dibakar hehehe...
Tapi BC belum diputar. Aku menyatakan kesanggupan ku untuk pukul BC secara manual. Nahh... keluar lagi hand mixer antik.. Ni betul baru namanya hand mixer. Naik merah tangan aku hahahahaha... kembangnya tak juga sbb mixer tu keras nak diputar pada adunan yg likat. Jadi aku guna la 1 btg pemutar electric mixer. Diputar secara manual guna tangan hehehehe..... Sakit juga tangan tapi sabar jak.. Percubaan terakhir nak kembangkan buttercream aku guna cabung antik. Sayangnya gambar cabung ni pun aku lupa ambil sbb dah tension BC tak kembang2. Cabung ni dibuat dari kayu dan gelungnya dibuat daripada tangsi. Aku rasa lebih 2 jam aku pukul BC baru kembang tapi itupun bukan kembang sangat. Habis terpercik BC kat muka & badan aku. Aku pun terus je mendeko. Da siap beberapa kuntum bunga ros, kira2 jam 4.30 petang, baru ada elektrik balik. Sambil aku mendeko Nina tolong putar BC supaya jadi lebih kental. Baru senang digubah.
Sabar je lah aku. Macam dah nak termuntah dah aku pukul BC lebih 2 jam. Nak menangis pun ada ahahhaahah... Nasib tangan ada dua ja, kalau ada 5, lima2 aku ganti2 guna pukul BC. Nina pun join tolong pukul by hand tp masa BC dah nak kembang... buyuk ehh... hahahahah.... Aku dan Nina sama2 tak percaya BC boleh kembang pukul dengan tangan saja ahahahah.. Aku lagi tak sangka yg aku sanggup buat kerja yg aku rasa org waras tak sanggup nak buat ahahahaha....
Inilah hand mixer antik, diguna secara manual. Boleh didapati di pasaran. Harga berpatutan gerenti sanggup beli, cuma mungkin tak sanggup dipakai ahahahaha....
Nilah swissroll perisa strawberry & keladi. Gayat Nina tgk aku pegang swissroll guna sebelah tgn je. Mana aku tau swissroll ni kena angkat dgn lemah lembut. Aku ingat macam angkat besi heehehee...
Ini pulak brownies Nina yang menjadi kegemaran ramai. Aku kalau apa2 makanan yang berkaitan dengan coklat ni memang suka. Pasal tu nak belajar.
Cuba tengok kek coklat kukus ni hehehehe.... Tak tergoda ka tengok cream coklat yang berkilat tu.. nyam.. nyam.. nyam...
Oreo cheesecake yang menjadi rebutan. Sekali kakak aku rasa terus dia menjerit 'SEDAP!!!'. Terkejut aku. Awal2 aku suruh rasa dia tak mau. Diam2 dia makan terus menjerit ahahahaha....
Inilah kek yang paling bertuah. Kek of the day. Bila tengok hasilnya berbaloi aku rasa pukul BC guna tangan. Inilah hasilnya BC yang diputar secara manual selama lebih 2 jam + diputar dengan elektrik cuma 5 minit je. Aduuhhhh....
salam. kak, ble tnya? kak guna cklat msk ka tuk bwt topping kek cklat kukus 2? npk cm sdap hehehe...
ReplyDeletesalam zie... ya zie, setakat ni kalau buat kek semua kak guna coklat masakan termasuk toppingnya.
ReplyDelete