Kek span semalam belum deko lagi. Tiba-tiba mak aku minta aku buat brownies 1 loyang malam ni untuk disedekahkan di majlis tahlil sepupuku pada keesokkan harinya. Aku yang pada awalnya nak rileks, terpaksa mulakan projek dalam jam 10 malam.
Memandangkan aku dah 'TERSENTUH' benda-benda baking malam tersebut, jadi aku nak kerjakan kek span ku yang kecut semalam ahaksss... nilah hasilnya....
Aku hentam saja border dan dekonya sebab:
1. topping cream dah mencair sebab teknik yang aku guna untuk deko ni perlukan masa.
2. aku dah tak sabar nak makan sebab topping cream ni seeedaaaapp..... ahaks... macam rasa aiskrim.... nyammm..nyammm..
Taarraaa... Inilah hasilnya... ahakss.... ahaksss....
Tak sampai 2 minit aku ambil gambar, kek ni dipotong dan terus masuk perut... hehehe... sedappp sebab lepas gian ahaksss.....
No comments:
Post a Comment