BERITA TERKINI DARI KCH
Kini!!! KCH ada menyediakan khidmat mencetak gambar menggunakan EDIBLE IMAGE. Sila hubungi KCH di facebook 'Kalthom House' untuk keterangan lanjut.
Sila layari www.facebook.com/kch74 untuk gambar-gambar terbaru dari KCH. Jumpa di sanaaa.... ;)
Sila layari www.facebook.com/kch74 untuk gambar-gambar terbaru dari KCH. Jumpa di sanaaa.... ;)
Wednesday, March 14, 2012
KEK BARU
Malam 12 Mac 2012, tiba-tiba rasa rajin pula nak cuba kek baru.. Jarang sekali aku berpeluang nak cuba kek baru... Fuhh!! bosan juga asyik buat kek jenis yang sama.
Malam tu aku rasa seronok sangat sebab masa tu lah aku dapat bersukaria dalam dapurku.. ahaks...
Percubaan pertama terus menjadi dan kedua-duanya amat sesuai dengan citarasaku yang bukan penggemar kek ahaksss...
Memandangkan kek ni panjang namanya.. aku bagi nama JAPANESE CHEESE CAKE. Supaya senang customer nak order ehekss... Nak cerita sikit pasal kek ni bagi yang nak tau.
1. Bertekstur lembut.
2. Gebu dan lembap.
3. Rasa cheese yang sederhana lemak.
4. Tidak memuakkan jika makan banyak.
5. Tahap manis: bagiku sederhana / MUNGKIN kurang manis.
Harga Pengenalan: RM40 sebiji tanpa deko (saiz 8 inci bulat sahaja)
RM60 dekorasi menggunakan fresh cream
Kek di bawah ni pula namanya TRIPLE LAYER MOUSSE CAKE. Kek ni lagi sedap ahaksss... mewah dengan rasa coklat. Cara nak makan, ketiga-tiga lapisan tu perlu dimasukkan sekali ngap dalam mulut ahaks.... sebab setiap lapisan berbeza rasanya. Cuma kek ni, bagiku, kalau dimakan dalam kuantiti yang banyak akan timbul rasa muak sedikit. Jika nak share kek ni dengan ramai orang, sangat sesuai sebab boleh dipotong kecil-kecil. Kalau makan banyak muak kan... jadi share-share ler eheksss....
Lapisan Atas: White Chocolate Mousse (rasa agak manis)
Lapisan Tengah: Chocolate Mousse (mungkin sesetengah orang yang tak suka coklat akan rasa sedikit pahit coklat).
Lapisan Bawah: Kek Coklat (kek coklat yang pada lembut, lembap dan agak padat)
Tahap Manis: Agak manis tapi tidak terlalu manis
Apa yang aku suka semasa menikmati kek ni.. kelembapan serta kemewahan rasa coklatnya perlahan-lahan mencair masuk dalam tekak. Itulah ciri-ciri kek yang aku suka atau kek ala-ala puding gitu eheks....
Harga Pengenalan: RM60 tanpa dekorasi (saiz 9 inci bulat)
RM75 dekorasi menggunakan fresh cream
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment