BERITA TERKINI DARI KCH

Kini!!! KCH ada menyediakan khidmat mencetak gambar menggunakan EDIBLE IMAGE. Sila hubungi KCH di facebook 'Kalthom House' untuk keterangan lanjut.



Sila layari www.facebook.com/kch74 untuk gambar-gambar terbaru dari KCH. Jumpa di sanaaa.... ;)



Sunday, July 12, 2009

DIARI SEMINGGU


Minggu ini aku tak berapa bersemangat nak buat kerja-kerja baking dan deko. Semangat kejap on kejap off. Memblog pun rasa malas. Penat dari KK hari tu dan di pejabat menyumbang kepada penyakit malas ahaksss... (alasan ke tu?)....



Walau bagaimanapun, minggu ni sempat jugak aku buat sesuatu. Aku mulakan dari yang terkini. Ini kek chiffon perasa coklat, dalam berlapis dengan BC + coklat.






Warna-warni tu aku guna agar-agar candy supaya nampak meriah ..... ahaksss.....






Tepinya aku mewahkan dengan coklat rice.... hehehe... Nampak sedap?? nak??? Pergilah di D' One Mart. Aku hantar just fresh from oven.... tapi lepas deko lah hehehe....






Ini tempahan dari Ustazah yang mengajar di sekolah anak saudara aku, Anis. Kek Span Keju... Dilapisi dengan cream cheese....







Lepas tu ditaburi dengan cheddar cheese yang diparut. Hish... bersepah cheese aku...






Kek ni mewah dengan cream cheese dan keju parut. Cubalah... RM30 satu loyang saiz 8".





Aktiviti awal dalam minggu ni tidak lain dari buat brownies untuk dihantar ke D' One Mart. Kek Batik Coklat (Kek Batik Milla) pun ada aku hantar ke sana. Saiznya kecil sikit dari brownies. Selain daripada itu, aku juga mendapat tempahan kek batik dari rakan kerjaku, Sue. Harap berpuas hati dengan kek tersebut. Terima kasih atas tempahan.




Hai... minggu ni penuh dengan rasa MALAS, PENAT, MALAS, PENAT.... tapi coming soon.. kek butterfly, cupcake dan 3 biji kek yang siap sedia untuk dihias. Tak sempat hias hari ni.. tungguuu....

Gambar Sumbangan Yahoo!



No comments:

Post a Comment