BERITA TERKINI DARI KCH

Kini!!! KCH ada menyediakan khidmat mencetak gambar menggunakan EDIBLE IMAGE. Sila hubungi KCH di facebook 'Kalthom House' untuk keterangan lanjut.



Sila layari www.facebook.com/kch74 untuk gambar-gambar terbaru dari KCH. Jumpa di sanaaa.... ;)



Tuesday, July 28, 2009

SEKALUNG BUDI

Setinggi-tinggi penghargaan buat Chef Sazali bin Ismail atas kesudian beliau menjejakkan kaki ke rumahku. Segan sungguh aku bila terbayangkan seorang Chef terpandang dapur rumahku yang serba kekurangan bagai langit dengan bumi jika dibanding dengan dapur di rumah beliau.
Oleh kerana sikap beliau yang tidak ambil kisah maka sempatlah juga beliau merasa masakan mak aku. Seronok berguru dengan beliau yang tidak lokek memberi ilmu dan tidak serik menjawab soalanku heheheheheh..... Guru-guru yang pernah mengajar aku mesti tau cara aku belajar ahakssssss.......
Semoga ini bukan pembelajaran yang pertama dan yang terakhir dengan beliau sepertimana aku dengan guru-guruku yang lain. Amiiinnnn.....
Gambar kenangan bersama mak aku yang masakannya, Ikan Masak Asam Pedas, mendapat pujian dari Chef.
Kakak aku pun tak lepaskan peluang ahakkkss.... Walaupun aku tak dapat jadi chef, sekadar seorang chef jejak kaki ke rumahku pun kira alhamdulillah... Ambil berkat.. ambil berkat... hehheheeheh.....


No comments:

Post a Comment