BERITA TERKINI DARI KCH

Kini!!! KCH ada menyediakan khidmat mencetak gambar menggunakan EDIBLE IMAGE. Sila hubungi KCH di facebook 'Kalthom House' untuk keterangan lanjut.



Sila layari www.facebook.com/kch74 untuk gambar-gambar terbaru dari KCH. Jumpa di sanaaa.... ;)



Tuesday, July 28, 2009

SELAMAT DATANG CHEF

Ini merupakan kali ke-2 Chef Sazali bin Ismail datang ke Labuan. Kali ini beliau mengadakan Program Keusahawanan Jangka Pendek Bakeri, Pastri dan Masakan. Sebagai Urusetia aku tumpang sekaki belajar selama 3 hari (23-25 Julai 2009) dan bertanya bermacam-macam tips termasuk yang terkeluar dari tajuk programnya. Ahaksss.... terlebih sudah...
Hari pertama kelas membuat biskut. Perkara yang aku paling tak minat nak buat. Tapi makin lama makin seronok pula hingga ada terasa nak buat bisnes biskut pulak ahakss... Semua resipi adalah ciptaan Chef sendiri. Itu yang menarik minat aku.
Ini Chocolate Snow Almond Cookies. My favourite... Cookies bersalut coklat yang ditaburi serbuk roti.

Ini pula Daisy Strawberry Cookies. Di tengah-tengahnya sudah tentu perasa strawberry...


Crunchy Oatmeal Cookies. Menurut Chef cookies ni dikategori makanan sihat yang kaya dengan serat. Bila sebut makanan sihat memang di fikiran kita 'tak sedap'. Tapi cookies ni bukan saja secukup rasa manisnya, teksturnya yang rapuh lagi rangup menimbulkan keseronokan semasa menikmatinya. Pasti terkenang biskut yang pernah dimakan dulu-dulu. Tapi di mana ya??? ahaksss...




Ini Dark Chocolate Chip Cookies. Ada yang kata rasanya seperti biskut famous amos / chips more. Bagi penggemar coklat pasti suka pada cookies ni. Bagi aku cookies yang pertama tadi menambat selera, yang ketiga pula enak dan seronok menikmatinya hehehehe....



Hari kedua merupakan hari yang aku tunggu-tunggu. Kelas Assorted Cup Cake. Peserta diajar cara-cara mengadun cupcake serta dihias dengan.....

Butter icing.. hehehe.. dah kehabisan cupnya heheheh....




Chocolate Moist Cream. Sesuai dengan namanya yang sentiasa lembab walau dimasukkan dalam peti sejuk.



Akhir sekali Cream Cheese Fruit Filling. Cupcake yang semewah nama dan harganya ahaksss.... Ditambah lagi dengan Fresh Cream Rossette. Nah... sedap ehhh...




Hari terakhir masakan Nasi Beriani Iranian, Ayam Masak Kurma Iranian dan Acar Buah Iranian menjadi menu pilihan. Malangnya aku terlupa nak ambil gambar. Dah sibuk pot.. pet.. pott... pettt.. tanya chef macam-macam sampai lupa... ahaksss....

Chef Sazali ni merupakan chef celibriti yang sering muncul di kaca tv. Aku apa lagi tak lepas peluang heheheheeh..... Snaapp!!


No comments:

Post a Comment