BERITA TERKINI DARI KCH

Kini!!! KCH ada menyediakan khidmat mencetak gambar menggunakan EDIBLE IMAGE. Sila hubungi KCH di facebook 'Kalthom House' untuk keterangan lanjut.



Sila layari www.facebook.com/kch74 untuk gambar-gambar terbaru dari KCH. Jumpa di sanaaa.... ;)



Tuesday, January 19, 2010

MR. BEAN

Tempahan dari Siti, LKIM. Pada mulanya request Mr. Bean's Teddy... tapi bila aku surfing internet tiada yang cantik melainkan warna coklat saja hehehe... jadi aku rasa memang tak sah teddy ni kalau tiada Mr. Bean.



Siti setuju dengan cadangan aku dan inilah hasilnya. Meriah dengan lilin yang berwarna-warni lagi.... semoga berpuas hati dengan kek span coklatnya ya.... Terima kasih Siti... sudi-sudilah buat tempahan lagi ye...


CUPCAKE TANPA TEMA

20 biji cupcake perasa vanilla. Di tengah CC ini aku pam dengan coklat ganache. Biar meriah semaasa menikmatinya.

Tempahan dari rakan sekerja Penny, untuk adiknya. Terima kasih ya. Katanya adiknya seronok dan suka menerima CC ni. Alhamdullillah, aku pun tumpang seronok mendengar ahakssss....



WARNA WARNI

Tempahan dari Norsaberinah, JPJ. Untuk rakan sekerjanya. Mesti temannya seronok dapat kek...


Sengaja aku memeriahkan kek ini dengan warna terang dan warna warni yang lazimnya untuk kanak-kanak sebab aku membayangkan betapa cerianya si penerima kek ini.... hehehehe.... Terima kasih atas tempahannya dan tempahan-tempahan sponge cheese cake sebelum ini.




LOGO SYARIKAT

Lama dah tak update blog... sibuk + penat + banyak aktiviti... aduhssss..... secara ringkas dan diharap padat apa yang aku nak update malam ni... aku ibaratkan blog ni sebagai diari aku, walaupun aku tak pandai nak berdiari ahakss.....


Tempahan dari Lina, member ofis. Logo syarikat ayahnya sempena hari lahir beliau. Berserta dengan kata-kata yang indah aku tulis mengelilingi kek ini. Sengaja aku tidak masukkan dalam blog kata-kata tersebut sebab bagi aku ianya bersifat peribadi.
Terima kasih atas tempahannya. Harap Lina berpuas hati dengan logo tersebut yang aku lukis secara free hand huhuhuhu..... walaupun nampak simple tapi siap ukur dengan pembaris dan kertas ku lipat dua untuk bagi centre tulisan & lukisannya...



Sunday, January 3, 2010

SEPAK TAKRAW

Tempahan kek CMC dari Mizah...

Unik tempahannya ni... kek bentuk bola takraw.... heheheh... terima kasih atas tempahannya... harap Mizah berpuas hati.....

Aku rasa seronok buat hiasan ni....


KELAS ELLY

2 Januari 2010 - Kelas dihadiri oleh Elly...

Kelas Cartoon Image (Jelly)... Elly nak gambar Ben 10 dan Princess untuk kedua anaknya.. hehehehhe.... Cantik Ben 10 Elly walau 2 kali terkena sentuhan kecundangnya masa mendeko ahaksss......



Hiasan tengah atas kreativiti Elly sendiri... aku minat yang dot hitam dan putih untuk Ben 10 tu....

Kelas Basketweave.... dapat juga Elly menyahut cabaran membuat bunga ros...


Klik..klik... pandangan dari sisi pula....


Inilah hasil kerja tangan Elly... malangnya Elly tak mau gambarnya masuk blog... jadi gambar kek jer lah ya..... rugi tak tengok orangnya... comel... maniiissss......

4 ARM

Tempahan untuk sambutan hari lahir pada 1.1.2010.... hehehehe... ngam, ngam tahun baru....

Tempahan dari member ofis, Kak Jun... Carrot Walnut Cake with Cheese Icing...



Dihias dengan kartun kegemaran anak saudaranya...

4 arm pun dia minat juga... heheheh... dah buat kek ni baru aku tahu pasal kartun hehehe... ingat yang ni orang jahat... rupanya Ben 10 juga...



Taraaa..... harap bergembira dengan kek ni di hari lahir dan di tahun baru....

HARI ISTIMEWA KAMI

Pada 26 & 27 Disember 2009 yang lepas merupakan hari lahir my father & me. Aku pun mengeksperimenkan kek aiskrim yang sebelum ni ramai permintaan dari pelanggan tapi tak dapat aku tunaikan.





Tinggi kek ni...



Tapi... nyum...nyum.... sedaaappp.. patut ramai yang request... hehehehe.... yang ni aku buat aiskrim vanilla... tapi... aku masih belum berani terima tempahan sebab... masa nak deko kek ni terkapai-kapai aku.. bukan sebab nak kejar masa... tapi nak kejar aiskrim yang nak cair... ahakksss....... aiskrim vanilla ni aku buat sendiri.... nanti nak cuba sekali lagi.. kalau dah perfect baru boleh ambil tempahan .....





My father sorang-sorang jer potong kek... sebab aku dah jadi tukang ambik gambar ahakss.....

PANDAN & HORLICK MOIST CAKE

Produk terbaru yang dah beberapa minggu berada di pasaran.... Boleh diperolehi di D'One Mart. Cubalah rasa....




PANDAN MOIST CAKE
Berat: 600 gram
Harga: RM15.00




HORLICK MOIST CAKE
Berat: 600 gram
Harga: RM16.00

SMILE FACE

SELAMAT TAHUN BARU 2010 SEMUA......

Baru berpeluang nak update entry...

Ini Oreo Cheese Cake yang ditempah oleh Ryna... request smile face gitu hehehehe....

Enjoy your cheese....