BERITA TERKINI DARI KCH

Kini!!! KCH ada menyediakan khidmat mencetak gambar menggunakan EDIBLE IMAGE. Sila hubungi KCH di facebook 'Kalthom House' untuk keterangan lanjut.



Sila layari www.facebook.com/kch74 untuk gambar-gambar terbaru dari KCH. Jumpa di sanaaa.... ;)



Tuesday, July 28, 2009

SEKALUNG BUDI

Setinggi-tinggi penghargaan buat Chef Sazali bin Ismail atas kesudian beliau menjejakkan kaki ke rumahku. Segan sungguh aku bila terbayangkan seorang Chef terpandang dapur rumahku yang serba kekurangan bagai langit dengan bumi jika dibanding dengan dapur di rumah beliau.
Oleh kerana sikap beliau yang tidak ambil kisah maka sempatlah juga beliau merasa masakan mak aku. Seronok berguru dengan beliau yang tidak lokek memberi ilmu dan tidak serik menjawab soalanku heheheheheh..... Guru-guru yang pernah mengajar aku mesti tau cara aku belajar ahakssssss.......
Semoga ini bukan pembelajaran yang pertama dan yang terakhir dengan beliau sepertimana aku dengan guru-guruku yang lain. Amiiinnnn.....
Gambar kenangan bersama mak aku yang masakannya, Ikan Masak Asam Pedas, mendapat pujian dari Chef.
Kakak aku pun tak lepaskan peluang ahakkkss.... Walaupun aku tak dapat jadi chef, sekadar seorang chef jejak kaki ke rumahku pun kira alhamdulillah... Ambil berkat.. ambil berkat... hehheheeheh.....


KELAS BERSAMA CHEF

Mungkin kerana aku menunjukkkan minat yang mendalam atau terlalu banyak soal semasa sesi program 3 hari, Chef menawarkan diri untuk mengorbankan masa rehatnya sehari di Labuan untuk mengajar dekorasi. Ditemani dengan rakan sepejabatku, Alai kami memulakan kelas pada jam 11.30 pagi di rumahku.
Ini adalah deko yang aku hasilkan...
Deko kedua yang aku buat.. Teruk betul tulisan aku ... hishh...

Dah excited nak ambil gambar kek sampai kain lap pun masuk sekali ahaksss... Bukan tu saja kek pun asyik tertukar. Kejap aku deko kek aku, sekejap lagi ke Alai ahakss....


Ini pula deko yang dihasilkan oleh temanku, Alai. Amboi... mentang-mentang dah ada abang hehehheeh.... Kelas selesai dalam jam 5.30 petang




Gambar Sumbangan www.cksinfo.com



SELAMAT DATANG CHEF

Ini merupakan kali ke-2 Chef Sazali bin Ismail datang ke Labuan. Kali ini beliau mengadakan Program Keusahawanan Jangka Pendek Bakeri, Pastri dan Masakan. Sebagai Urusetia aku tumpang sekaki belajar selama 3 hari (23-25 Julai 2009) dan bertanya bermacam-macam tips termasuk yang terkeluar dari tajuk programnya. Ahaksss.... terlebih sudah...
Hari pertama kelas membuat biskut. Perkara yang aku paling tak minat nak buat. Tapi makin lama makin seronok pula hingga ada terasa nak buat bisnes biskut pulak ahakss... Semua resipi adalah ciptaan Chef sendiri. Itu yang menarik minat aku.
Ini Chocolate Snow Almond Cookies. My favourite... Cookies bersalut coklat yang ditaburi serbuk roti.

Ini pula Daisy Strawberry Cookies. Di tengah-tengahnya sudah tentu perasa strawberry...


Crunchy Oatmeal Cookies. Menurut Chef cookies ni dikategori makanan sihat yang kaya dengan serat. Bila sebut makanan sihat memang di fikiran kita 'tak sedap'. Tapi cookies ni bukan saja secukup rasa manisnya, teksturnya yang rapuh lagi rangup menimbulkan keseronokan semasa menikmatinya. Pasti terkenang biskut yang pernah dimakan dulu-dulu. Tapi di mana ya??? ahaksss...




Ini Dark Chocolate Chip Cookies. Ada yang kata rasanya seperti biskut famous amos / chips more. Bagi penggemar coklat pasti suka pada cookies ni. Bagi aku cookies yang pertama tadi menambat selera, yang ketiga pula enak dan seronok menikmatinya hehehehe....



Hari kedua merupakan hari yang aku tunggu-tunggu. Kelas Assorted Cup Cake. Peserta diajar cara-cara mengadun cupcake serta dihias dengan.....

Butter icing.. hehehe.. dah kehabisan cupnya heheheh....




Chocolate Moist Cream. Sesuai dengan namanya yang sentiasa lembab walau dimasukkan dalam peti sejuk.



Akhir sekali Cream Cheese Fruit Filling. Cupcake yang semewah nama dan harganya ahaksss.... Ditambah lagi dengan Fresh Cream Rossette. Nah... sedap ehhh...




Hari terakhir masakan Nasi Beriani Iranian, Ayam Masak Kurma Iranian dan Acar Buah Iranian menjadi menu pilihan. Malangnya aku terlupa nak ambil gambar. Dah sibuk pot.. pet.. pott... pettt.. tanya chef macam-macam sampai lupa... ahaksss....

Chef Sazali ni merupakan chef celibriti yang sering muncul di kaca tv. Aku apa lagi tak lepas peluang heheheheeh..... Snaapp!!


Thursday, July 23, 2009

BROWNIES RUNTUH

Minggu ni aku ibaratkan dapat durian runtuh walaupun tak runtuh sangat ahaksss.... Alhamdulillah tempahan brownies memberansangkan. Ini untuk dihantar ke D' One Mart. Kepada penggemar brownies, esok bolehlah dapatkan brownies yang boleh dikira fresh from oven ahaksss....
Ini pula tempahan dari Kak Hanifah... Aku macam tak percaya tempahannya kali ni. 2 loyang!!! Berkali-kali aku bertanya nak pastikan betul ke sebanyak itu tempahannya. Tapi soalan aku kreatifkan sikit hehehehe.... 'Kakak nak 2 loyang?,' 'Jadi semuanya 4 tapaulah?,' 'Kak mau 2 kali ganda macam yang aku hantar selalu?' ahahahahhaaha.. aku rasa aku perlu makan penampar Kak Hanifah baru aku sedar hehehehe... Terima kasih kak... muaaahhhh.... eheksss....


Ini pula tempahan 1/4 loyang dari pelanggan baruku yang bekerja di Pasar Peladang. Adik ni tak mau beli banyak jadi aku buatkan 1/4 loyang dengan harga RM20.00.


Saiz tetap sama cuma agak nipis sikit. Yeaa... yeaaa... Hidup Brownies... heheheehee.....



Chocolate




Wednesday, July 22, 2009

TERIMA KASIH TEMAN

Terima kasih buat teman ku, Tiqa kerana sudi tolong belikan aku loyang ni. Sungguhpun beliau penat selepas belajar dengan Kak Zati, masih menawarkan diri untuk beli barang yang aku pesan. Selamat berjaya Tiqa!!!



Tujuan aku beli loyang ni sebenarnya bukan untuk buat deko teddy bear semata-mata. Tapi dengan loyang ni boleh buat lelaki, perempuan, gajah heheheeh.. bentuk asas dah ada. Asalkan serupa dengan bentuk ni. Jangan bentuk buaya dah lah hehehehe.... tapi kalau buat 'buaya darat' boleh ahaksss...



Thanks

Saturday, July 18, 2009

KELAS BAKING CHEESE CAKE

Hari ini jam 2.00 petang bermula kelas baking cheese cake yang dihadiri oleh rakan sekolej merangkap rakan seasrama semasa di ITM, Sabah, Eva. Atas permintaannya, kelas ini diadakan sebanyak 2 sesi seminggu sekali heheheeh... Eva ditemani anaknya. Aku tak sempat gambar aksi anaknya, tapi lebih kurang beginilah cara dia tengok mak dia baking hehhehehe....


Gambar Sumbangan www.cksinfo.com
Sesi Pertama Span Cheese Cake, akan datang insyaAllah Oreo Cheese Cake. Itu dia Eva tengah meratakan cream cheese sambil tersenyum manis.... Tapi yang tak manisnya benda-benda yang kat belakang dia tu ahaksss.... aduhhh...

Lepas tu grup... grupp... gruppp.... Acara memarut cheddar cheese...

Gambar Sumbangan www.cksinfo.com

Taraaa.... Inilah hasilnya... Beruntung si kecil Maymay (sori kalau tersalah eja ;p), pengemar cheese, sebab mommynya belajar resipi ni... Lepas ni mesti ada request dari anak nak minta buat lagi heheheeheh.... Kelas selesai dalam jam 3.30 petang.. Kejaap ja kan.





Friday, July 17, 2009

KEMERIAHAN MENIKMATI CUPCAKE

Aku ingin berkongsi pengetahuan yang aku perolehi dari guruku, Kak Zati. Idea untuk masukkan maklumat ini dalam blog juga adalah idea beliau tapi aku pula yang tak sabar nak masukkan dalam entryku. Terima kasih kak.
Tarik bahagian tepi.



Lurutkan sedikit demi sedikit.




Teruskan sehingga semua lipatan terbuka.



Akhir sekali ..... tara... jemput makan hehehehe.... sebelum ni aku berfikir kenapa orang suka sangat makan cupcake. Aku tak suka sebab aku makan guna sudu hahahahahha....




Hey Cupcake



MAJLIS POTONG KEK

Semalam barulah kek bear dipotong... hehehe... sayang rasa nak potong...

Anak saudara aku suka nak makan hasil eksperimen aku jadi aku suruh dia yang potong. Tapi yang si kecil ni pun nak kacau daun sekali ahaksss... lepas tu dia yang lebih kuat menekan pisau.. amboiii....



Ni rupa bear yang dah dipotong.. sebelah mukanya ada kat belakang.. tak perasan aku tergambar sekali rupanya. Ngeri pula aku tengok hahahaahah.....







Thursday, July 16, 2009

HADIAH DAN KELAS EXPRESS

Semalam nak update blog tak dapat. Tak tau kenapa blog buat hal asyik error page saja. Ini adalah hadiah dari Katy yang pernah hadir kelasku. Terima kasih Katy sedap.... Anak saudara aku yang kecil bukan main lagi balik-balik mau makan heheheeh....
Ini pula kelas kek batik coklat yang dihadiri oleh Paizah yang tak mahu gambarnya dimasukkan dalam blog. Zah nilah guru pertama aku belajar baking. Kelas ini adalah yang ter'express' sekali. Tak sampai 1 jam dah siap. Masing-masing nak cepat hehehehe... Harap-harap tiada apa-apa kekurangan dalam kelas tu. Yang menariknya Zah menggaul adunan ni sekejap je dah sebati. Kalau aku mau setengah jam.