BERITA TERKINI DARI KCH

Kini!!! KCH ada menyediakan khidmat mencetak gambar menggunakan EDIBLE IMAGE. Sila hubungi KCH di facebook 'Kalthom House' untuk keterangan lanjut.



Sila layari www.facebook.com/kch74 untuk gambar-gambar terbaru dari KCH. Jumpa di sanaaa.... ;)



Friday, July 3, 2009

AKTIVITI SEMINGGU



Malam ni baru aku santai dari membuat kek. Dapatlah aku update blog aku ni. Minggu ni aku rasa rimas sangat sebab kesibukan aku di pejabat membawa ke dapur ahaksss.... Sampai aku lupa dan malas nak mengingat tarikh-tarikh aktivitiku. Aku masuk je semua sekali dalam 1 entry untuk tatapan semua... Check it out....


MOOD PENENTU SEGALANYA.... Sebaaaabbbb... Kek ini ku deko dalam keadaan moodku yang 100% down. Silap hari bulan guru-guru aku tak nak mengaku aku muridnya bila tengok deko kek aku ni hahhahahaa.... Kek ni aku buat untuk 3 orang pegawai/kakitangan di Jabatanku yang merayakan hari lahir dalam bulan Jun. Kek span coklat yang dilapis dengan fresh cream dan fruit cocktail adalah atas permintaan ofismate, Alai. Tapi malangnya dia cuti pula hari tu. Masa nak bawa keluar kek ni aku malu sangat sebab deko yang hancusss... hehehehehe... Sekarang dah tak malu, masuk dalam blog hahahaha....





Lapisan luar kek ni aku guna buttercream sebab fresh cream tak sempat nak disalut di luar kek dah tersapu tebal kat lapisan dalam ahaksss...




Sempat juga aku buat brownies dalam minggu ni. Ini untuk boss muda En. Shahrul. Cerianya dia menikmati brownies hehehehee....





Kuantitinya 1/4 loyang ahaksss... Cukup untuk dia makan sorang. Cukup ke? hehehe...





Brownies ni pula tempahan dari Kak Hanifah. Aku rasa di setiap entry browniesku mesti terselit nama akak ni. Seronoknya akak ni bila aku call je, mesti dia order brownies. Tak kira aku tanya pasal kelas ke, apa ke, mesti ada tempahan darinya. Hehehehehe... terima kasih atas sokongan akak. Berbunga-bunga hatiku masa buat brownies akak ni sebab beliau ni hebat dalam membuat wedding kek.





Brownies ni pula untuk Bang Longku. Cake board dah takde segi4 aku hentam jelah.. janji dapat lepas gian mendeko ahaksss...



Design ni aku tengok dalam buku dekorasi kek yang kubeli... ahakss... malas nak fikir sendiri hehehee...




Taraaa... disebabkan permukaannya dah bersalut coklat jadi aku pilih ros putih supaya contrast warnanya.




Hari lahir abangku 1 Jun, tapi acara potong kek seawal jam 7.30 pagi 3 Jun sebelum berangkat kerja. Ni lilin ni idea mak aku yang nak kan acara nyanyi, tiup lilin dan potong kek .... ahaksss...



Kek ni sempat dipotong dan dibawa ke tempat kerja abangku. Selesai baahhh... heheheh... tapi tak tau sama ada selesai sebab sedap atau lapar ahaksss...



Ni pulak kek chiffon perasa vanilla request dari anak kepada anak saudaraku. Kira cucu aku lah... Ceh... rasa dah tua pula...ahakssss... Awal 2 hari dia bagitau aku hari jadinya. Keesokannya pula, aku lewat balik dari ofis. Sempat lagi ditanya "Sempatkah maksu buat kek Pika?". Esok dia nak bawa ke sekolah. Aku balas "Sempaaatttt". Padahal jam 3 pagi baru aku siap deko kek untuk dia dan untuk abangku sekali.





Ni gambar popeye request dari si kecik ni. Sungguh tak kemas aku buat. Apa boleh buat dah jam 3 pagi kalau tak aku rombak balik.





Nilah hadiah dari aku untuk Bang Long dan Pika. Hari lahir masing-masing pada 1 dan 2 Jun. HAPPY BIRTHDAY!!!




Ni pula Kek Batik Milla yang ditempat oleh member ofisku Suzie. Kepada Suzie, rakan-rakan serta Kak Jun yang merasa dan menempah kek ni terima kasih atas sokongan kamu semua. Harap-harap sedap dimakan dan lembut dikunyah. Panjang doa aku buat kek ni, sebab sebelum ni aku buat keras macam candy... Uwwwaaaa.... Lepas tu tak sedar pula kek tu keras, hantar kat customer hahahhahaaha.... Nasib baik aku buat follow-up. Kalau tak semua kek batik aku keras macam batu hahahahahha.....









No comments:

Post a Comment