BERITA TERKINI DARI KCH

Kini!!! KCH ada menyediakan khidmat mencetak gambar menggunakan EDIBLE IMAGE. Sila hubungi KCH di facebook 'Kalthom House' untuk keterangan lanjut.



Sila layari www.facebook.com/kch74 untuk gambar-gambar terbaru dari KCH. Jumpa di sanaaa.... ;)



Sunday, November 15, 2009

BIRU COLOUR

Tempahan kali ni dari Chiek, beliau bekerja di D' One Mart. Selalu jumpa beliau masa hantar kek. CMC dengan tema dekorasi 'yang sesuai dengan budak lelaki umur 14 tahun'.
Bunga ros sekuntum yang aku pilih berlatar belakangkan warna biru... sebab tanpa bunga atau gambar kartun aku rasa dekorasinya terlalu mudah.... tapi latar belakang gambar ni yang gelap gulita buat aku migrain... grrrr..... sabar jer aku dengan kamera hp ni...


Dekorasi kek ni masih aku rasa mudah walaupun nak menghiasnya ambil masa dekat sejam juga hahahahah.... disebabkan nak bagi susah lagi.. aku buat border yang mencabar bagi aku.... nampak simple.. tapi border yang macam tali berjuntai tu aku buat bukan dengan cara mengheret BC pada kek... tapi caranya aku picit sampai BC keluar panjang macam tali baru aku lekat ke tepi yang satu lagi... baru juntainya nampak natural heheheheh....


No comments:

Post a Comment