BERITA TERKINI DARI KCH

Kini!!! KCH ada menyediakan khidmat mencetak gambar menggunakan EDIBLE IMAGE. Sila hubungi KCH di facebook 'Kalthom House' untuk keterangan lanjut.



Sila layari www.facebook.com/kch74 untuk gambar-gambar terbaru dari KCH. Jumpa di sanaaa.... ;)



Friday, May 22, 2009

MALAM BROWNIES

Sebelum meninggalkan Labuan esok aku masih sempat lagi membakar brownies. Ini adalah tempahan daripada bos muda En. Hady. Harap suka dengan brownies ni. Disebabkan dah bosan dengan design biasa aku buat design begini yang masih menggunakan badam cincang dan coklat urai. Semoga selepas makan brownies ini, En. Hady akan bersinar macam bintang di malam hari ahakssss....

Esok anak saudara perempuanku akan bernikah. Disebabkan ketiadaan aku dan tiada apa-apa yang boleh kuberi, ku hadiahkan brownies ni. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Semasa makan brownies ni, tolong-tolong promosikan sekali ya... ahaksss..

Memandangkan esok hari Jumaat. Opssttt.... silap... Hari ni hari Jumaat, terasa pula ringan hati nak bersedekah (sambil-sambil tu promosi juga heheheeheh). Semoga sesiapa yang menikmati brownies ini akan merasa sedap hingga menjilat gigi ahakkksss... dan semoga aku selamat pergi dan balik... Aminnn...
p/s takut naik kapal terbang bahhh.... :(

No comments:

Post a Comment