BERITA TERKINI DARI KCH

Kini!!! KCH ada menyediakan khidmat mencetak gambar menggunakan EDIBLE IMAGE. Sila hubungi KCH di facebook 'Kalthom House' untuk keterangan lanjut.



Sila layari www.facebook.com/kch74 untuk gambar-gambar terbaru dari KCH. Jumpa di sanaaa.... ;)



Thursday, May 21, 2009

PROJEK MEGA (CHEESE CAKE)

Salam semua... kali ni barulah ada kelapangan sedikit untuk mem'blog'. Semalam betul-betullah projek mega. Sampai jam 4.30 pagi baru siap. Aku harap penat lelahku berbaloi jika kek-kek ku sedap di mata dan enak dimakan... ahaksss... walaupun aku masih lagi rasa huuaaarrrrgghhhh.. ni pun tengah menunggu brownies masak... ehekkss....

Oreo cheese cake ni ditempah oleh Katy yang belajar buat brownies dengan aku hari tu. Cheese cake ni dia nak bawa belayar ke KK. Pesanan untuk Katy, tak pa kasi peluang sama kau. Nanti sudah pandai buat cheese cake... buat sendiri ahahahahhhaahah... Bangga juga aku bila dapat tau banyak juga brownies yang dia dah buat. Macam tulah... Go! Go! Katy...


Memandangkan ada lebih buttercream aku pun hiaslah sikit cheese cakenya walaupun BC tak termasuk dalam menu cheese cake hehehehe....


Ni posing dari sisi lain pula.. walaupun gambar ni tak cantik bagi aku, tapi memandangkan pagi-pagi buta aku snap gambar ni, kamu tatap je lah ye heheeheh....


Ni cheesecake yang ditempah oleh kakak ku yang sulung untuk jamuan majlis Hari Guru di sekolahnya. Versi yang ini aku campur serpihan oreo di dalamnya heheheh... nak bagi kelainan pastu aku letak BC kat bahagian bawah.. Dah yang satu BC duduk atas, yang ni di bawah pulak ... ahaksss.....



Zoom sama dia nak bagi tunjuk BC hehehehe... 2 biji cheesecake siap akhirnya.


No comments:

Post a Comment