BERITA TERKINI DARI KCH

Kini!!! KCH ada menyediakan khidmat mencetak gambar menggunakan EDIBLE IMAGE. Sila hubungi KCH di facebook 'Kalthom House' untuk keterangan lanjut.



Sila layari www.facebook.com/kch74 untuk gambar-gambar terbaru dari KCH. Jumpa di sanaaa.... ;)



Wednesday, May 27, 2009

BUDI YANG BAIK DIKENANG JUGA

Tiada kata secantik bahasa yang dapat ku ucapkan untuk melafazkan ucapan terima kasih serta penghargaan yang tak terhingga buat kak zati & suami, anak-anak kak zati - Qayyum, Azzahra, Taqiuddin, si comel Nur Iman & sorang lagi maaf kak tak tau namamu dik kerana aku terasa kehadiranku amat dialu-alukan oleh mereka sekeluarga. Tidak ketinggalan juga ucapan ini untuk ayah, mak serta adik kak zati.


Bagiku kak zati bukan sekadar seorang guru, malah seorang kakak & ibu yang sentiasa memberi contoh serta teladan yang baik untukku. Makan minum, pakaian serta solatku amat dititik beratkan. Kesabarannya melayanku yang kadang-kadang macam pekak-pekak badak ni merangkap lambat pick-up amat kuhargai. Kesungguhan suaminya yang membantu serta melengkapkan kekurangan semasa kelas serta kehadiranku di sana amat ku hormati.


Begitu juga dengan kelincahan serta kemesraan anak-anak kak zati yang mempelawaku untuk datang lagi ke rumah mereka begitu menghiburkan hati. Tidak dapat ku lupakan serta ku rindu si comel Nur Iman yang sentiasa mesra & manja dalam dakapanku.


Doaku semoga kak zati sekeluarga sentiasa diberkati Allah, sentiasa sihat walafiat, dilimpahi rezeki & anak-anaknya menjadi anak-anak yang berbakti kepada orang tua Amin.....


Sesungguhnya semasa menulis penghargaan ini aku tidak keseorangan tetapi bertemankan mutiara-mutiara indah yang jarang-jarang muncul pada detik seperti ini.


No comments:

Post a Comment