BERITA TERKINI DARI KCH

Kini!!! KCH ada menyediakan khidmat mencetak gambar menggunakan EDIBLE IMAGE. Sila hubungi KCH di facebook 'Kalthom House' untuk keterangan lanjut.



Sila layari www.facebook.com/kch74 untuk gambar-gambar terbaru dari KCH. Jumpa di sanaaa.... ;)



Friday, June 5, 2009

3D BROWNIES LAGI






Tempahan dari sahabat baikku, Surimah. Ahakss.... seronok aku dapat sokongan dari kawanku yang sorang ni.. Tempahan 1 loyang brownies... Aku minta kebenaran beliau untuk mengolah browniesnya secara FOC. Beliau setuju. Syukur...

Aku paling tak gemar mendeko dengan design yang sama. Jadi aku deko browniesnya ni sebegini rupa. Nasib yang satu ni aku tak deko yang bukan-bukan sebab tempahannya ni ku siapkan tepat jam 5.30 pagi. Aduhaiiii.... demi BC sanggup aku tak tidur ahakssss.... Kes gian. Ini adalah ukuran untuk 1/2 loyang. Design 1/2 loyang lagi jom scroll ke bawah. Jeng.. jengg... jenggg.....



Menggunakan 2 teknik design 3D berbeza yang ku pelajari dari 2 orang guru (Nina dan Kak Zati). Maka terhasillah design sebegini... bagi suspen sikit. Kuntuman bunga di atas rumput yang nasib tak jadi lalang menjadi pilihanku.


Gabungan warna yang entah sesuai kah tidak jadi pilihanku yang sememangnya paling tak pandai nak matching warna.. Aduhh....



Lingkaran bulat pada bahagian bawah tercipta dalam minda sejak dari awal sebelum kek ini dideko.



Taaaraaaa.... ahaksss... ahakssss..... rama-ramaku sedang terbang hinggap nak menghisap madu.. ehekksss... Berkali-kali aku call Imah bertanyakan komen. Aku nak dengar dari mulutnya bukan pujian tapi apa kesilapan pada kek ku ini dan sesungguhnya aku amat berpuas hati dengan komen-komennya. Terima kasih Mah. Jangan takut komen kerana aku mahu jadi yang terbaik.





No comments:

Post a Comment