BERITA TERKINI DARI KCH

Kini!!! KCH ada menyediakan khidmat mencetak gambar menggunakan EDIBLE IMAGE. Sila hubungi KCH di facebook 'Kalthom House' untuk keterangan lanjut.



Sila layari www.facebook.com/kch74 untuk gambar-gambar terbaru dari KCH. Jumpa di sanaaa.... ;)



Sunday, June 21, 2009

HASIL DEKO KERETA 3D

Aku mulakan operasi keduaku pada hari Jumaat, sehari sebelum majlis besar. Taaraaaa.... inilah hasilnya yang menggunakan 3 biji kek butter.

Kek kereta kali ni lebih besar dari yang pertama aku buat. Kereta ni berukuran 10 inci panjang atas permintaan anak saudaraku. Macam pancit pula tayar aku. Hentam jelah.



Berdebar juga aku takut orang tengok kereta ni tak cantik.




Ahaksss.. kali ni wiper aku tak lupa.




Kereta ini merupakan replika kereta bakal tunang anak saudaraku.... ahaksss... Jam 5.30 pagi aku siapkan. 2 kali aku tidur sekejap nak cover tenaga. Pening dan mengantuk sampai ke tahap angguk-angguk depan kek hahahahaha......




Inilah dua biji kek yang ku deko sebegini rupa. Kepenatan dan mengantuk yang teramat sangat sebab aku ni bukanlah profesional dalam bidang ni. Berjam-jam nak ku siapkan huhuhuhuhu.... Ucapan terima kasihku buat seseorang yang membantu aku dalam menyiapkan kek ni. Sebab tanpa bantuannya pasti kek aku senget benget macam hari tu. Dialah orang yang memastikan keretaku ini lulus jika ditimbang air ahaksss....










No comments:

Post a Comment