BERITA TERKINI DARI KCH

Kini!!! KCH ada menyediakan khidmat mencetak gambar menggunakan EDIBLE IMAGE. Sila hubungi KCH di facebook 'Kalthom House' untuk keterangan lanjut.



Sila layari www.facebook.com/kch74 untuk gambar-gambar terbaru dari KCH. Jumpa di sanaaa.... ;)



Thursday, June 4, 2009

PENGALAMAN LUCU & MENYENTUH PERASAAN

Baru kali ini aku dapat menceritakan pengalamanku semasa belajar baking dan dekorasi kek di rumah Kak Zati di Pekan, Pahang. Inginku kongsikan kisah lucu yang sehingga hari ini masih mencuit hatiku.

3 hari aku belajar dari pagi sampai ke pagi. Pada hari ke-2 kelas ku dimulakan dengan fancy cookies. Setelah berjaya menyiapkan fancy cookies. Kami berehat sekejap. Mata aku ni rasa berat je. Jadi aku pun masuk ke bilik, rehat. Sedang asyik aku berehat di atas katil tiba-tiba aku dengar suara Kak Zati menjerit "Som, fancy cookies hangus". Aku pun bingkas bangun dan dengan pantas aku buka pintu bilik. Ternampak saja kelibat Kak Zati aku membalas dengan panik "Hah!!! Fancy cookies hangus??". Kak Zati buat muka selamba je sambil menjawab "Bukan..... jom makann....".. Astaghfirullah... AKU MENGIGAU RUPANYA... hahahahaha....
Satu perkara yang merisaukan setibanya aku di rumahnya, walaupun aku antara tahu tak tahu Kak Zati saja-saja mengusik... "Som, kalau tak sempat Fantastic Jelly tak payah buat. Duit Som akak pulangkan." "Barang untuk Fantastic Jelly akak lupa beli"... Adoiii.. panik juga aku ... ahaksss.... Aku rasa rugi sangat kalau tak belajar. Tengoklah hasilnya.

Seronoknya lagi aku dihidangkan dengan bermacam-macam hidangan. Antara yang aku ingat namanya roti keramat, laksa pahang. Ada satu hidangan yang sedap mihun digoreng dengan minyak yang banyak dan dimakan dengan sup. Sup tu boleh dimakan juga dengan mee yang digoreng bersalut telur. Kalau tak silap macam mee hong kong. Aku dengan tak malunya paling akhir bangkit dari tempat makan ahaksss... sedaaapppp..... sampai sekarang masih terasa ahaksss...

Inilah laksa pahang yang sepatutnya dimakan menggunakan tangan. Sanggup aku minta Taqiuddin berhenti makan sekejap gara-gara nak tangkap gambar laksa ni.. ahaksss... Azzahra pula dah tau adiknya tak makan sayur, ditaburnya sedikit sayur atas laksa tu sambil memujuk adiknya supaya bersetuju hanya kerana keinginanku nak memaparkan hidangan ini dalam blog. Sesungguhnya anak-anak Kak Zati kreatif dan supporting. "Terima kasih dik.... akak tak rasa asing semasa berada di rumah korang."


Dalam perjalanan balik ke Labuan aku menaiki penerbangan dari Kuantan ke KLIA.. sampai di KLIA Kak Zati sms aku, Nur Iman meniarap buat pertama kali yang sebelum ni tak pernah cuba-cuba nak mengiring. Ceeehhhhh!!!! Iman....Iman... Kak Som dah balik baru nak tunjuk skill.

Sesungguhnya aku amat bersyukur kerana pemergianku ke Pekan tempoh hari dipermudahkan Allah SWT dalam semua segi. Dalam keadaan poketku tengah semput, aku tetap berdegil untuk belajar sehingga ibubapa serta kak ngahku menghulurkan bantuan di saat-saat getir. Bantuan mereka amat menyentuh perasaanku. Di saat aku hendak berangkat ke Kuantan ibuku sempat berpesan "Kau belajarlah baik-baik di sana nanti. Inilah saja yang dapat mak beri, bila mak sudah tiada lagi nanti, ilmu inilah yang tinggal untuk kau jadikan kenang-kenangan." Saat aku menahan sebak, baru aku sedar yang aku ni benar-benar seorang anak yang degil. Terima kasih mak, babah dan kak ngah atas kasih sayang yang diberi. Tidak akan aku sia-siakan.


Gambar Sumbangan Yahoo!

No comments:

Post a Comment