BERITA TERKINI DARI KCH

Kini!!! KCH ada menyediakan khidmat mencetak gambar menggunakan EDIBLE IMAGE. Sila hubungi KCH di facebook 'Kalthom House' untuk keterangan lanjut.



Sila layari www.facebook.com/kch74 untuk gambar-gambar terbaru dari KCH. Jumpa di sanaaa.... ;)



Saturday, June 20, 2009

BARU DAPAT MEMBLOG PUAS-PUAS


Fuh!!! Selepas sibuk dengan majlis pertunanangan anak perempuan kak ngahku, baru aku dapat memblog. Yess... nak memblog puas-puas.

Ok, aku mulakan cerita tentang persiapanku sebelum ke Tuaran pada 18 Jun 2009 (Khamis). Hari Selasa aku dah mulakan projek membuat pesanan-pesanan kak ngah dan anak saudaraku:


1. 2 loyang brownies

2. tiqa brownies untuk deko rama-rama 3D

3. kek butter untuk deko kereta 3D.


Hari Selasa aku buat 2 loyang brownies dan 3 biji kek butter. Hari Rabu (sehari sebelum berangkat) aku buat tiqa brownies, 1/2 loyang brownies untuk bekalan dalam perjalanan dan 1 loyang brownies lagi untuk dihantar ke D' One Mart pada esoknya. Penatnya aku... jam 3 pagi baru aku dapat tidur. Pagi nak ke Tuaran aku kelam-kabut bagai nak gila sebab brownies semua belum packing. Baju dan barang-barang deko untuk di bawa ke Tuaran pun belum packing. Nasib kak cik ku tolong.


Walaupun penat dan ada rasa mengantuk sikit. Aku terpaksa juga memandu dari Labuan-Menumbok-KK-Tuaran. Penat wooo... kereta penuh dengan kek ahaksss....



Inilah antara gambar yang sempat kurakam untuk tatapan geng blog. 2 loyang brownies dan tiqa brownies yang dibawa dari Labuan. Kek butter dah masuk dalam peti ais. Aku dah tak mampu ambil gambar.


Inilah saki-baki brownies yang dimakan dalam perjalanan. Banyak lagi ahaksss...



No comments:

Post a Comment