BERITA TERKINI DARI KCH

Kini!!! KCH ada menyediakan khidmat mencetak gambar menggunakan EDIBLE IMAGE. Sila hubungi KCH di facebook 'Kalthom House' untuk keterangan lanjut.



Sila layari www.facebook.com/kch74 untuk gambar-gambar terbaru dari KCH. Jumpa di sanaaa.... ;)



Sunday, June 21, 2009

TRAGEDI JUN


OMG


Hari Sabtu dah tibaaaa.... aku tertidur sampai jam 10.30 pagi sebab dah semalaman tak tidur mendeko kek kereta oren bertuah. Lepas mandi aku pergi turun makan sambil tolong-tolong menghidang. Anak saudaraku tengah bersiap di tingkat atas.


Tiba-tiba kak ngah panggil aku dan berkata "Baik kau tengok kek kau, kena tekan oleh budak". Aduhhhssss..... dah lah aku tak tidur buat kereta tu kalau rosak teruk mati aku. Sekali aku naik atas.... adiiihhhh... boleh tahan juga rosaknya sampai yang nak bertunang tak henti-henti membebel sambil tolak pinggang hahahahha...


Aku panik juga ehh... nasib BC aku tak buang semua. Masa tu rombongan lelaki dah nak sampai, anak buahku suruh dorang pelan-pelan datang ahahahaha.... aku pun beraksi me'repair' atas katil... 2 orang anak saudaraku dan seorang kawannya membantu aku termasuk membantu dalam aksi mundar-mandir hehehehehe.... BC beku sikit, Hani yang tolong kikis... Aku arahkan campur warna merah dan kuning. Zilla, yang nak bertunang lak yang menyampuk... "Mana? Mana? Yang ni?" Mak aku yang tiba-tiba muncul dalam bilik menjerit "Eh.. jangan kau sentuh warna tu.. nanti kena baju kau?" heheheheh... semua dah panik... Kek kereta ni adalah hantaran yang paling istimewa untuk tunangnya. Apa tak panik bagai nak gila. heheheh....

Tengah asyik me'repair' cermin depan kereta aku tertindih pula wiper. Liza menegur 'Eh.. maksu wiper juga tu' hehehehee... dah panik terpadam pula...

Bila dah bab mencampur warna memang susah nak bagi sama dengan campuran pertama. Tapi anak saudara aku semua menjerit "Oklah tu maksu, bolehlah janji dapat repair". Nah inilah hasilnya. Geram juga aku kereta aku dah macam baru lepas keluar workshop. Memang tak puas hati tapi syukur pihak lelaki suka sangat dengan kek kereta ni ahaksss... ahakss... kembang juga aku sikit je la.. ahaksss... ahaksss...


Ni tangan si Hani anak buahku yang nak sangat tangannya masuk blog.. ahahahhahahha....





2 comments:

  1. thank you mak su..You the Best..Syam pun suka kek kereta sport tu..Nasib la ada doctor Cake..hehehe..next time kahwin aca mau minta bikin yang lagi besar :-p

    ReplyDelete
  2. welcome and thank you for the compliment.. next time kalau mau kereta besar, insyaallah boleh... trailer pun boleh heheeh....

    ReplyDelete