BERITA TERKINI DARI KCH

Kini!!! KCH ada menyediakan khidmat mencetak gambar menggunakan EDIBLE IMAGE. Sila hubungi KCH di facebook 'Kalthom House' untuk keterangan lanjut.



Sila layari www.facebook.com/kch74 untuk gambar-gambar terbaru dari KCH. Jumpa di sanaaa.... ;)



Thursday, June 4, 2009

3D BROWNIES

Tempahan Tiqa Brownies ni aku terima daripada Kak Hanifah. Ini kali ke-3 beliau membuat tempahan tapi merupakan tempahan pertama untuk Tiqa Brownies. Aku amat berterima kasih kepada Kak Hanifah kerana membenarkan aku mengolah browniesnya menjadi sebegini.
Dah aku hari-hari buat brownies, tak larat aku nak makan brownies. Jadi aku mohon izin beliau untuk mencuba ilmu yang baru ku perolehi ini.


Setiap tempahan bagi kek / brownies yang berbentuk rama-rama, aku akan kenakan caj tambahan RM5.00. Murah je... sebab aku kena beli papan dan kotak kek yang besar. Lagipun kerjanya boleh tahan juga. Brownies rama-rama ini siap jam 3 pagi. Demi untuk mencuba sesuatu yang baru, aku tak kenakan sebarang caj penggunaan buttercream dan caj merekabentuk. Hanya caj brownies je.... Harap Kak Hanifah dan cucunya gembira menikmati Tiqa Brownies ini. Masa cerita-cerita tentang kek di rumah Kak Hanifah, cucunya dah tarik muka masam sebab tak sabar nak potong brownies ni ahaaaksssss......





No comments:

Post a Comment