BERITA TERKINI DARI KCH

Kini!!! KCH ada menyediakan khidmat mencetak gambar menggunakan EDIBLE IMAGE. Sila hubungi KCH di facebook 'Kalthom House' untuk keterangan lanjut.



Sila layari www.facebook.com/kch74 untuk gambar-gambar terbaru dari KCH. Jumpa di sanaaa.... ;)



Sunday, August 9, 2009

KEGEMBIRAAN HARI SABTU

Selepas kelas, kakak aku menceritakan sesuatu kisah yang membuatkan hati aku seronok sangat heheheh... Dia jumpa anak bongsunya, Razif, yang tinggal di asrama UiTM, Menggatal dan selalu dapat menikmati kek-kek hasil pembelajaran aku di Sabah bersama teman-teman sebilik/seasramanya. Ini kes kat rumah kakak aku tak da siapa yang makan. Banyak sangat. Rupa-rupanya teman-teman Razif ni selalu tengok blog aku dan asyik berkata "Huishh... sedapnya ni". Sebab mereka lah orang yang pertama makan kek aku sebelum kek tu masuk blog hehehhee..... Razif pula berpesan, memandangkan teman-temannya jadi macam tu dia minta kalau ada kek yang aku buat hasil pembelajaran ku dihantar kat dorang. Malangnya trip aku kali ni bukannya belajar tapi mengajar. Aku ni pernah juga tinggal di asrama dan asrama yang sama pula tu. Disebabkan aku tau situasi mereka di sana aku hadiahkan Razif dan teman-temannya brownies dan ........
Span Cheese Cake.... Harap-harap dapat melepaskan rasa gian dorang hehehehehe.... Ucapan dari Aunty (ehem..ehemm.... rasa dah tua plak) selamat menjamu selera dan jangan risau... apa-apa kiriman kek untuk Razif kamu pun akan dapat juga .... ahaksss..... Dah habis belajar nanti bolehlah join kelas aunty... jadi, kalau nak makan boleh buat sendiri ahaksss.....

Ni pula close-up span cheese cake.. Bagi dorang terbayang-bayang rasanya selepas makan nanti hehehehe...


Sham pun sempat aku bagi 1 tapau brownies. Selamat Menjamu Selera Buat Semua ahaksss....


No comments:

Post a Comment