BERITA TERKINI DARI KCH

Kini!!! KCH ada menyediakan khidmat mencetak gambar menggunakan EDIBLE IMAGE. Sila hubungi KCH di facebook 'Kalthom House' untuk keterangan lanjut.



Sila layari www.facebook.com/kch74 untuk gambar-gambar terbaru dari KCH. Jumpa di sanaaa.... ;)



Sunday, August 2, 2009

KELAS HARI MINGGU

Kelas Fancy Cookies dan Fantastic Jelly yang dihadiri oleh Paizah. Beliau hanya mengizinkan aku ambil gambar hasil kerjanya saja. Gambar tuannya.. biarlah rahsia...heheheheheh....
Ini adalah Fancy Cookies yang beliau hasilkan.
Ini pula Fantastic Jelly. Aku berikan kebebasan untuk beliau memilih warna dan design. Malangnya warna pink yang beliau minta, oren pula yang keluar aduhh.... Kat botol pewarna tulis pink... tak dapek den nak nolong....

Inilah kedua-dua hasil beliau. Pada kelas beliau kali ini aku tertarik dengan kemahiran beliau mencanai cookies. Sekejap saja, sama rata pula tu... Itulah kelebihan beliau yang aku tak dapat nak ikut. Masing-masing dengan kelebihan masing-masing. Seronoknya dalam kelas ku ini, kami sama-sama belajar dan mengajar. Paizah ni guru aku juga tau hehehehe.... Kelas diakhiri dengan muka dan badan kami yang kaya dengan peluh hehehehehe...

No comments:

Post a Comment