BERITA TERKINI DARI KCH

Kini!!! KCH ada menyediakan khidmat mencetak gambar menggunakan EDIBLE IMAGE. Sila hubungi KCH di facebook 'Kalthom House' untuk keterangan lanjut.



Sila layari www.facebook.com/kch74 untuk gambar-gambar terbaru dari KCH. Jumpa di sanaaa.... ;)



Wednesday, August 26, 2009

KEK GARFIELD

Taraaaa..... heheheehe... debaran aku berakhir dengan siapnya kek garfield ini. Semalam tepat jam 2.30 pagi baru aku dapat luruskan tulang belakang aku atas katil.... ahaksss.... Aku tak sangka rupa-rupanya rakan-rakan aku lagi kreatif dengan bermacam-macam permintaan.


Kek ini adalah tempahan dari aunty kepada Lina rakan sekerja aku di Jabatan Perkhidmatan Perbandaran. Kek span vanila dilapisi dengan fresh cream dan dimewahkan dengan fruit cocktail membuatkan kek ini mencapai ketinggian yang tidak aku sangka. Tapi tak lah setinggi mana pun heheeheh... Sekali aku timbang, beratnya dekat 1.5 kg juga... seberat cabaran menyiapkan kek ini sehingga aku perlu pacak 2 batang straw supaya kek ni tak tumbang dan kek aku puas bermain 'keluar masuk peti sejuk' heheheheh... fresh creamlah katakan.. kalau cair, naya aku ... ahakss.....
Mula-mula aku panik juga semasa nak mengukir kek ni... sebab sebelum aku mengukir sesuatu aku akan tenung kek bertingkat ni dan bayangkan bentuk yang aku nak buat... tapi batang hidung garfield pun aku tak boleh nak bayangkan... walau bagaimanapun, hasilnya alhamdulillah boleh jugalah walaupun aku tak berpuas hati 100%. Kalau tak boleh bayangkan juga silap-silap aku cari air jampi untuk aku hahahahahaha.... Sudut ni aku ambil untuk menampakkan ekornya yang ditampal 'last minute' hehehehehe....

Terima kasih buat Lina dan aunty beliau kerana secara tidak langsung meningkatkan kemahiran aku dalam bidang mendeko ni melalui tempahan beliau heheheheh... syukur juga kerana ramai yang berpuas hati dengan kek ni... walaupun aku tengok garfield aku bongkok sabut ahakssss..... Sudut ni aku ambil nak bagi tengok hujung ekor garfield hehehehee... tapi gelap la pulak.
Rata bahagian depan garfield aku ni... hehehehe... nak jimat dari membazir kek kalau terlalu diukir hehehehe.....ataupun alasan kurang mahir mengukir ... hahahahaha.....

No comments:

Post a Comment