BERITA TERKINI DARI KCH

Kini!!! KCH ada menyediakan khidmat mencetak gambar menggunakan EDIBLE IMAGE. Sila hubungi KCH di facebook 'Kalthom House' untuk keterangan lanjut.



Sila layari www.facebook.com/kch74 untuk gambar-gambar terbaru dari KCH. Jumpa di sanaaa.... ;)



Saturday, August 29, 2009

KELAS PERTAMA DI BULAN RAMADHAN

Kelas pertama di bulan Ramadhan ini dihadiri oleh Hayati, bekerja di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Kami ni rakan satu sekolah semasa di SMK Labuan. Seronoknya lagi beliau ni isteri kepada rakan sekerja ku Abidin, Jabatan Pelancongan ehekssss... macam jejak kasih plak ahaksss....
Kelas baking 2 jenis cheese cake jadi pilihannya dan hadir bersama anak perempuannya yang baru berusia 4 tahun tapi dah pandai baca doa penerang hati, baca Iqra buku 2 lagi tu. Wahhh... boleh tahan jadi mak budak, sesuai dengan wajah keibuannya.... aku kalau ada anak tak tau lah eehehehehehhe..... Diharap lepas ni Hayati mendapat tempahan dari rakan-rakannya.
Psttt... yang tengah tu Chocolate Moist Cake. CMC tu percuma aku bagi sempena bulan Ramadhan ni bagi kelas RM150.00 dan ke atas (sekaligus promosi ahakssss...). Selamat bebuka puasa buat Hayati dan keluarga. Semoga bergembira menikmati juadah berbuka yang baru dipelajari....

No comments:

Post a Comment