BERITA TERKINI DARI KCH

Kini!!! KCH ada menyediakan khidmat mencetak gambar menggunakan EDIBLE IMAGE. Sila hubungi KCH di facebook 'Kalthom House' untuk keterangan lanjut.



Sila layari www.facebook.com/kch74 untuk gambar-gambar terbaru dari KCH. Jumpa di sanaaa.... ;)



Thursday, October 8, 2009

KELAS CUP CAKES (BUNGA)

Memandangkan terdapat permintaan untuk kelas cup cakes... aku bercadang akan mengadakan 2 jenis kelas cup cakes. Pertama tema bunga, kedua tema animal/bugs.
Insyaallah, antara design yang akan aku ajar adalah seperti berikut.

Antara perkara yang akan diperolehi semasa kelas ini (insyaallah):

1. Membancuh adunan.
2. Cara mengisi adunan ke dalam cup dan membakar.
3. Penyediaan buttercream.
4. Lebih 10 design yang berbeza.
5. Membawa balik lebih 20 biji cupcake yang siap dideko (100% dibuat sendiri).

Bagi sesiapa yang nak kelas express.... perkara 1, 2 dan 3 boleh dikecualikan... jadi datang ke kelas hanya untuk mendeko sahaja. Walau bagaimanapun, yurannya tetap sama.

Setakat ini, kelas ini masih K.I.V. lagi... bila aku dah siap dari segi fizikal dan mental heheheh... baru kelas ini akan dibuka untuk sesiapa yang berminat....

Makasih atas sokongan anda selama ini....

No comments:

Post a Comment